Pages

Monday 10 May 2021

Cik B40 Dan Encik T20 (Bab 6)

 



LEPAS check in kat bilik resort masing-masing, semua orang ada masa untuk berehat sekejap sebelum event tahunan tu bermula. Aylin lekas-lekas guna peluang tu untuk mandi. Malu tak habis lagi dengan Mr. Ray sebab berbaju kelawar sepanjang perjalanan yang jauh tadi.

Mesti hudoh muka dia masa tidur tadi. Huh... benci!

Tepat jam lima petang, dia turun balik ke pekarangan resort. Masa ni, ramai dah warga Luxoft Corporation yang berkumpul kat situ. Ada yang bersembang bergelak bergurau, ada juga yang duduk sorang-sorang melayan fon. Semua orang berpakaian kasual.

Family Day tahun ni memang dibuat secara besar-besaran. Tujuh bas angkut semua staf ke Langkawi ni.

Aylin tak tahu nak bersembang dengan siapa masa ni. Sebab sepanjang lima bulan jadi budak praktikal ni, dia memang tak ada kawan pun. Akak-akak dengan abang-abang praktikal cuma cari dia bila nak suruh buat itu ini. Dia tak lebih dari sekadar hamba abdi aje kat company tu.

Haih, sakit pula rasa bila diingat-ingat balik kenangan lalu.

Tengah-tengah dia helpless di tengah orang ramai tu, terdengar suara berbunyi dari mikrofon. Dari depan tangga lobi resort.

Aylin dan staf-staf lain pun bagi perhatian pada orang tu.

“Assalamualaikum dan selamat petang, semua. Sekali lagi saya perkenalkan diri saya. Saya adalah pengarah program Hari Keluarga Luxoft Corporation pada tahun ini. Sekarang saya nak semua orang sila berkumpul ikut kumpulan masing-masing.”

Kumpulan masing-masing? Aylin tak faham.

“Pembahagian kumpulan, saya dah bagitau waktu meeting itu hari. Okey? Baik, kita akan mulakan event ni sebaik sahaja semua orang dah masuk dalam kumpulan masing-masing. Semua orang boleh bergerak sekarang.”

Sebaik sahaja arahan tu dikeluarkan, kawasan yang dipenuhi dua ratus manusia tu pun bertukar sibuk. Semua orang bergerak smooth aje di sekeliling Aylin tanpa melanggar perempuan tu.

Aylin terpinga-pinga pandang semua tu. Ke mana dia nak bergerak ni? Dia kumpulan mana?

Aylin jadi hilang punca.

“Awak Kumpulan 17.” Tiba-tiba ada satu suara di belakangnya.

Aylin berpaling ke belakang.

Mr. Ray dah sedia memandangnya.

Aylin sedikit terkejut bila lelaki ni akhirnya nak juga bercakap dengan dia.

“Pergi cepat. Semua orang tengah tunggu awak.” Mr. Ray menyedarkan Aylin bila perempuan ni seakan tenggelam dalam dunia terkejutnya tu.

“Oh.” Aylin lekas-lekas bertindak. Tinggalkan tempat tu.

Bila dah berjalan beberapa langkah, baru dia teringat nak berterima kasih pada orang tu. Berhenti dia kat situ lantas berpusing balik ke belakang. Tapi sebelum sempat nak laung pada lelaki tu, dia ternampak ada seorang staf perempuan datang dekat lelaki tu.

“Mr. Ray ingat tak saya kumpulan mana?” tanya perempuan tu.

Soalan tu buatkan Mr. Ray berkerut dahi.

“Awak siapa yang saya nak kena ingat pasal awak?”

Perempuan tu terdiam. Senyuman manis pun ikut surut dari bibir.

“Tapi Aylin tu Mr. Ray ingat, elok aje?”

“Awak tu special sangat ke?” Mr. Ray makin mempertikai.

Okey... Aylin seram. Mr. Ray langsung tak lari daripada watak yang angkuh dan serius tu.

Tak berani nak burukkan keadaan, Aylin pun berpaling dan meneruskan langkahnya mencari kumpulan yang disebutkan lelaki tu tadi.

Lepas menyelit-nyelit di celah pelbagai manusia, barulah dia ternampak ketua kumpulan yang mengangkat kertas A4 bertulis ‘Kumpulan 17.’

Tersenyum dia. Lega.

Tapi lepas tu, mata dia teralih pada ahli-ahli lain dalam kumpulan tu. Dan dia terdiam pula lepas tu.

“Kumpulan ni semua lelaki? Aku sorang aje perempuan?”

Dia tengok ahli-ahli tu semuanya jenis muka playboy belaka. Dan tak ada sorang pun yang dia kenal. Maknanya dalam kumpulan tu, dia sorang aje dari Jabatan Kejuruteraan. Ahli-ahli lain, semuanya dari jabatan lain. Aduh, gawat nih.

Tak pasal-pasal semangat dia jatuh merudum.

Alangkan waktu dengan sesama jabatan dulu pun dia tak sudah-sudah kena buli, apatah lagi bila join jabatan lain macam ni.

Dah patah semangat, dia pun berjalan perlahan ke arah kumpulan yang terdiri daripada sembilan orang lelaki tu.

Waktu dia sampai berdekatan kumpulan tu, mata-mata orang tu tertumpah pada dia. Termasuk ketua kumpulan.

“Kumpulan 17 ke?” tanya ketua tu.

“Iya.” Aylin angguk, sambil-sambil rasa tak selesa dipandang-pandang macam tu.

Tup-tup, semua lelaki-lelaki tu mengeluh kelegaan.

Finally!” Lelaki paling sado kumpulan tu mengurut dada.

“Akhirnya ada juga bunga dalam team ni. Aku ingat diorang memang nak kita ni semua jadi gay. Euw!” Seorang lagi team member buat-buat jadi mak nyah dan melempang bahu member sebelah.

Tergelak belaka mamat-mamat tu.

Come, sisComeYou’re the princess of the team!”

Bertepuk tangan lelaki-lelaki tu semua beramai-ramai.

Tetiba beberapa orang dari lelaki-lelaki tu bersorak kuat! Sampai tertarik perhatian team-team lain.

Bila sedar yang diri dah terover, barulah diorang nak cover. Barulah nak gelak-gelak control malu. Tumbuk-tumbuk bahu sesama diorang. Ada sorang tu, nak sakat member yang malu tu punya pasal. Siap melompat dia ke belakang member tu.

Menjerit member tu. Tapi sudahnya berdukung berdua tu macam budak-budak.

Tak tahu kenapa, tapi Aylin dapat rasakan vibe-vibe keceriaan dalam team ni. Jauh beza dari manusia-manusia dalam Jabatan Kejuruteraan yang 24 jam duk serius tu.

Tergelak dia tanpa sedar. Haa... sebenarnya inilah watak dia yang sebenar. Dia taklah pasif sangat sebenarnya.

Berlari dia masuk ke dalam group tu. Hulur tangan untuk bersalam.

“Nama saya Mas Aylin!” Umum kuat kat tengah-tengah kumpulan.

“Nama saya berasal daripada word Malaysia Airlines. Saya dari Engineering DepartmentStudent praktikal, umur 22 tahun, asal Johor.”

Laju aje lelaki paling sado tadi sambut tangan dia.

“Panggil abang, Abang Shah. Dari Health Department. Umur 28, asal Penang.”

Aylin angguk. “Abang Shah.”

Yezza.” Lelaki tu buat simbol pistol lalu mengenyit mata dan menembak Aylin.

“Okey, biar abang pulak perkenalkan diri.” Ketua kumpulan tarik tangan Aylin lalu menyalam perempuan tu pula.

Abang Shah tadi macam tak puas hati dengan kerenah tak menyabar si ketua ni. Ditolaknya ketua tu lalu nak kembali menggenggam tangan Aylin.

Ketua tu tolak Abang Shah balik. Bertolak-tolak sudahnya berdua tu.

Tergelak balik Aylin dengan kerenah tak matang tu. Gilalah diorang nih!

Tanpa Aylin sedar, sesi memperkenalkan diri yang huru-hara tu dipandang dari jauh oleh Mr. Ray.

Anak mata Mr. Ray menirus tengok Aylin membiar tangannya dipegang-pegang lelaki tu semua. Muka tak puas hati.

Aylin yang sakit perut duk gelak tu berpusing ke belakang lalu menghulur pula tangan pada seorang lagi ‘abang’.

“Biarkan diorang bergaduh. Abang nama apa?”

“Aylin.” Tiba-tiba suara Mr. Ray ada kat belakang Aylin.

Aylin dan team membernya terhenti berborak. Abang-abang yang tengah bertolak-tolakan tu pun sama terhenti. Menoleh ke belakang.

Mr. Ray dah siap pandang Aylin dengan muka serius.

“Ikut saya sekejap,” kata orang tu.

Aylin diam. Pandang-pandang teammatesnya. Semua diorang bertanya-tanya maksud Mr. Ray.

Mr. Ray pula tak kata apa-apa lagi dan terus berlalu.

Aylin pandang lagi abang-abang teammatesnya.

“Tunggu kejap, eh.” Separuh bisik, tak nak bagi Mr. Ray dengar.

Abang-abang tu angguk aje dan tunjuk lambang thumbs up dengan dua tangan. Macam nak kata, ‘all the best!’

Aylin berlari anak mengejar Mr. Ray yang dah jauh.

Bila dah tersisih dari seluruh warga Luxoft Corporation, baru Mr. Ray berhenti melangkah.

Aylin ikut berhenti tak jauh di belakang lelaki tu. Masih tertanya-tanya memandang orang tu.

Mr. Ray berpusing pandang Aylin. Mata bagaikan panahan helang pada perempuan tu.

“Jangan mesra sangat dengan team member awak, Aylin.”

“Kenapa?” Aylin terkejut.

Mr. Ray makin nampak serius merenung ke mata Aylin.

“Saya tak suka.”

Aylin diam. Macam-macam benda timbul kat dalam kepala. Dia nak bantah arahan orang tu, sebab dia fikir apalah salahnya bermesra dengan ahli kumpulan sendiri. Tapi dalam masa yang sama, dia gerun memikirkan betapa teruknya keadaan bila lelaki depan dia ni mengamuk. Dia takut kena maki lagi macam hari tu. Betul-betul dah serik.

“Awak tu perempuan, Aylin. Jangan senang-senang biarkan lelaki pegang-pegang awak.”

Aylin masih tak boleh hadam dengan kehendak lelaki ni. Teruk sangat eh kalau setakat pegang-pegang tangan pun?

“Saya nak...”

“Okey, nampaknya semua orang dah berada dalam kumpulan masing-masing.” Tiba-tiba pengarah program kembali bersuara melalui mikrofon sampai tenggelam suara Mr. Ray.

Terhenti lelaki tu dari kata-katanya. Ikut menoleh ke depan sana.

Task pertama, cipta nama kumpulan.”

“Aylin!!!” Teammates Aylin yang sembilan orang tu tak semena-mena melaung kuat.

Serius dalam banyak-banyak kumpulan yang ada petang ni, Kumpulan 17 la yang paling jakun sekali.

Aylin tak tahu nak dengar yang mana satu. Pengarah program yang kat depan tu ke, Mr. Ray yang kat depan mata ni ke, atau teammates yang nun jauh kat sana tu ke.

Tapi sejujurnya, dia lagi suka dekat teammates yang happening tu.

“Balik sini cepat, sayangku!” Ketua kumpulan melaung lagi.

“Aylin, saya tak habis cakap lagi ni.” Mr. Ray dapat tangkap yang perhatian Aylin tengah terganggu.

Aylin gelisah. Kembali pandang Mr. Ray.

Kebetulan petang ni matahari masih belum sepenuhnya tenggelam. Masih terang waktu ni. Elok aje kat belakang kepala Mr. Ray.

Aylin jadi silau nak pandang muka orang tu. Terpaksa angkat tangan untuk tapis cahaya matahari. Bukaan mata dikecilkan.

“Malam ni awak buat apa?” soal lelaki depan dia ni.

Aylin kerut dahi.

“Saya buat apa? Mestilah saya join program malam ni.”

“Maksud saya lepas habis programlah.” Mr. Ray mengeluh bosan.

Aylin diam sekejap, mencongak-congak di dalam kepala. Lepas tu baru menjawab.

“Saya cadang nak lepak-lepak tepi laut. Saya tak pernah pergi pantai.”

Mr. Ray nampak macam tak percaya.

“Seumur hidup tak pernah?”

Aylin angguk polos.

Mr. Ray angguk faham lalu menyebutkan satu benda ni.

Then kalau macam tu, malam ni saya...”

“Aylin!!!”

Mengeluh lagi Mr. Ray bila teammates Aylin duk melaung lagi nama perempuan ni.

Aylin pula dah nampak tak selesa nak berlama-lama lagi kat sini.

“Saya pergi dulu, Mr. Ray.” Tergesa-gesa.

Habis ayat tu Aylin terus berlari ke kumpulannya. Langsung tak bagi peluang Mr. Ray menyudahkan hasrat.

Mr. Ray pandang aje Aylin yang semakin menjauh tu. Tak puas hati.

Aylin kelihatan baru sampai dekat kumpulannya. Abang-abang tu sporting gila menyambut perempuan tu. Angkat tinggi dua tangan dan menunggu Aylin menepuk tangan diorang.

Aylin pula melayan. Aylin pun angkat tinggi dua tangan lalu menepuk tangan abang-abang tu bergilir-gilir.

“Kita kena pilih nama team kita ni.” Mr. Ray boleh dengar ketua kumpulan memberitahu Aylin dan team members yang lain.

Diorang semua mengangguk termasuk Aylin.

“Okey, kita nak pilih nama apa?” Aylin bertanya. Pandang bergilir-gilir abang-abangnya tu.

Scorpion?” Salah seorang dari diorang muncul dengan idea.

“Macam dah mainstream sangatlah nama tu. Idea lain? Kalau boleh, bagi nama yang melambangkan Luxoft Corporation. Bunyi yang engineering-engineering gitu.”

Gigabyte? Sebab kita ada sembilan lelaki. Nine is Giga, kan.”

“Habis tu Aylin ni kau nak letak atas tangki air la?” Abang Shah bercekak pinggang.

“Aku tak cakap pun kena letak Aylin atas tangki air!” Abang Gigabyte tak puas hati. Mendada dia, nak bertempur dengan Abang Shah.

“Habis tu apasal kau pilih nama yang mention pasal sembilan lelaki aje? Mana simbol untuk satu perempuan? Kau letak ceruk mana?”

“Atas kepala kau la!”

“Weh, kepala-kepala jangan nak memain ar.” Dipelangkungnya kepala Abang Gigabyte.

“Adoi! Oh, yang kau main kepala aku tu boleh pulak!” Abang Gigabyte gosok-gosok kepala yang sakit. Mara lebih dekat dengan Abang Shah.

Ketua kumpulan geleng-geleng kepala dengan budak berdua tu. Pasrah pergi dekat Aylin.

“Diorang tu kembar tak seiras. Memang dari tadi pun kerja bergaduh ajelah diorang berdua ni.”

Aylin mengekek dengar ketua merungut. Tekan perut. Sakit. Adeh.

Guys! Aku ada idea.” Tetiba sorang teammate angkat tangan tinggi ke udara.

Semua orang memandang lelaki tu. Pergaduhan dua kembar tu pun berhenti sekali.

Lelaki tersebut dengan muka poyo pun berlalu dari situ. Petik sekuntum bunga dari deretan pokok-pokok bunga yang ada. Lepas tu kembali pada team tu.

Mr. Ray masih memandang semua yang berlaku tu. Pandang dari jauh dengan muka serius.

Sampai dekat depan Aylin, lelaki tadi turun berlutut. Hulur kuntuman bunga tadi pada Aylin. Sambil muka terus poyo.

“Oleh sebab Cik Aylin adalah the princess of the team, apa kata kalau kita letak group kita ni nama Cinderella?”

“Booo!!!” Abang-abang yang lain menyorak.

Tapi lelaki yang tengah berlutut tu semakin mempoyokan muka. Sua lagi bunga pada Aylin.

Will you marry me, Cinderella?” Acah-acah romantik sesangat.

Merah padam muka Aylin. Jelas sangat dia malu. Lagi-lagi bila perhatian semua tertumpu dekat dia. Sampaikan kumpulan-kumpulan lain pun tertarik perhatian dekat drama sebabak yang tak berpengarah tu.

Malu-malu, Aylin mengambil bunga yang dihulur teammate tu.

Yes.” Aylin menjawab ‘lamaran’.

Maka bersoraklah warga-warga Luxoft Corporation yang memandang sketsa tu. Bertepuk-tepuk tangan join sekaki pada kesengalan abang-abang Kumpulan 17.

Mr. Ray yang kat sebelah sini bergetus sakit hati. Gedik gila babak acah-acah sweet tu.

Kebetulan ada budak katering tengah hidangkan air tak jauh dari tempat dia berdiri tu.

“Apa nama mak tiri Cinderella?” Tak ada angin tak ada ribut Mr. Ray terus tanya orang tu.

“Err?” Tercengang orang tu. Dah kenapa tetiba dia pun terlibat sekali ni?

Tapi oleh sebab dia nampak betapa seriusnya muka Mr. Ray waktu ni, maka dia pun cepat-cepat mengeluarkan telefon pintarnya. Laju-laju tanya pada pak cik Google.

Seminit lepas tu, dia kembali simpan telefonnya. Pandang Mr. Ray.

Lady Tremaine.”

Okaythanks.” Mr. Ray terus tinggalkan budak penghidang air tu. Pergi pada budak-budak kumpulannya yang masih sibuk memilih nama kumpulan.

“Saya nak, kumpulan kita ni mesti letak nama Tremaine.”

Terdiam budak-budak tu dengan kemunculan tiba-tiba dia kat sini. Menoleh semuanya pada dia.

Dia masih selamba. Dia pandang pada ahli-ahli kumpulan 17 yang havoc tu.

“Lawan dengan team sana tu. Diorang pilih nama Cinderella.”

Checkmate yabeda-bedu!!!” Tetiba bebudak team Aylin menjerit sampai kecoh satu pekarangan resort tu.

Waktu tu juga Mr. Ray ternampak kat team Aylin sana, diorang tu melompat-lompat dan bertepuk tampar dengan Aylin. Entah apa yang seronok sangat. Terus teralih perhatian Mr. Ray daripada kumpulannya. Berdecit tak puas hati.

“Err... excuse me, Mr. Ray?” Salah sorang budak team dia ni memberanikan diri menegur.

Tapi Mr. Ray nampak macam dah tak dengar apa dah. Mr. Ray tinggalkan gitu aje kumpulan tu. Pergi dekat kumpulan Aylin.

“Aylin!” Macam teruk sangat orang tu tahan marah.

Aylin yang tengah berhuha-huha dengan teammates dia tu terhenti gelak. Menoleh pada lelaki ni.

“Ikut saya sekarang!” Nada lelaki ni kali ni dah tak ada nak lembut-lembut macam sebelum ni. Dah runcing aje sekarang ni. Dan lelaki tu juga berlalu macam tu aje dari kumpulan tu. Tak ada nak tunggu-tunggu persetujuan dia dah.

Aylin terdiam. Teringat balik pada malam hitam yang dulu tu. Dia fobia.

Salah apa lagi yang dia dah buat? Kenapa Mr. Ray marah sangat ni?

Ahli-ahli kumpulan dia pun sama dapat tangkap ketegangan ni. Diorang cuit bahu dia.

“Pergi ikut Mr. Ray cepat, sis.” Bisik.

Aylin pun memang tak berhasrat nak bertangguh lebih lama. Lekas-lekas dia mengikut langkah lelaki tu.

Mr. Ray mendapatkan pengarah program.

“Gugurkan nama Cik Aylin dari kumpulan 17.”

Terus terhenti langkah Aylin bila dengar arahan tu dari Mr. Ray.

Pengarah program yang tengah sibuk tu cepat-cepat bagi tumpuan pada Mr. Ray. Arahan encik bos yang lain macam tegas tu membuat dia bersegera membelek lampiran-lampiran kertas di tangan.

“Ada apa ya, Mr. Ray?” Pengarah event cuba win-win situation. Sebabnya, bukan senang nak tukar-tukar kumpulan ni. Dia dah atur cantik dah kedudukan ahli setiap kumpulan mesti ada wakil dari setiap jabatan yang berlainan.

“Masukkan Cik Aylin dalam kumpulan 9.”

“Kumpulan Mr. Ray?” Pengarah program semacam terkejut.

Aylin sendiri pun berkerut dahi. Sekumpulan dengan lelaki tu?

Semua orang pun sedia maklum macam mana punya antinya Mr. Ray pada Aylin selama ni.

Apa pula yang lelaki tu cuba rancangkan sekarang ni?

“Iya. Masukkan dia dalam kumpulan saya.”

“Tapi kalau masukkan Cik Aylin dalam kumpulan 9, kumpulan 9 akan terlebih ahli. Kumpulan asal Cik Aylin pula akan kurang ahli. Lagipun dalam kumpulan 17, Cik Aylin la satu-satunya perempuan. Kita dah tetapkan, kalau boleh dalam setiap kumpulan mesti ada sekurang-kurangnya seorang perempuan.”

Then just tarik aje sorang perempuan dari kumpulan 9, masukkan dalam kumpulan 17.”

Pengarah program terdiam. Beria sangat nampaknya Mr. Ray ni. Sampai senekad ini nak ubah perancangan event.

Aylin pula dah bersilih ganti pandang antara Mr. Ray dan pengarah program. Keliru yang tak sedikit. Dalam masa yang sama dia kecewa, sebab dia dah mula selesa dengan abang-abang kumpulan 17. Dia sayang abang-abang tu.

Huh... kejam gila la Mr. Ray ni!


~: DONE Part 6! :~

Thanks for spending your precious time here ^_^

Kindly leave your comment, pleaseeeeeee...

Thanks again!

See you on the next part!

0 861 komen:

Post a Comment

Assalamualaikum. Hai!
Terima kasih baca.
Cer komen sikit?