Pages

Sunday 2 May 2021

Cik B40 Dan Encik T20 (Bab 3)

 


BERGADUH Aylin dengan doktor yang in charge petang tu. Aylin sibuk nak keluar hospital, padahal diri sendiri tengah tak stabil.

Aylin tahu aje segala-galanya tentang diri dia pada waktu ni tengah abnormal. Tapi semua tu tak penting sekarang ni. Yang penting bagi dia, dia betul-betul tak boleh terima tuduhan yang pagi tadi Ray lemparkan pada golongan B40 macam dia ni.

“Orang miskin ni pemalas.”

Dia cukup pantang dengan word pemalas! Lagi-lagi kalau word tu ditujukan pada diri dia.

Yang lagi buat dia berkobar-kobar nak buktikan betapa salahnya tuduhan tu, bila dia dapat tahu yang Ray tetap pergi ke meeting dengan client tu walaupun baru lepas kemalangan. Tangan berbalut sebab luka yang dalam, tapi lelaki tu masih kuat berkerja. Ray langsung tak bagi can pada diri sendiri untuk mengada-ngada.

Dia tercabar tengok Ray seakan-akan membuktikan yang orang kaya ni sentiasa kuat berkerja. Dia tak nak kalah dengan lelaki tu.

Jadinya malam tu, dengan bertongkat tu dia pergi daki tangga Luxoft Corporation. Jari menggigil-gigil pun dia tekan juga punat lift. Suhu badan tinggi tahap magma pun dia buat bodoh aje. Pakai sweater empat lapis, dahi tampal Cool Fever.

 

RAY mendengus sinis aje bila dapat call dari hospital yang memberitahu pasal Aylin. Dah agak dah, budak tu memang spesies degil takleh bawa bincang.

Ray putuskan talian. Lepas tu melangkah dapatkan meja dinner yang dah siap dirias mewah lagi romantik tu. Tiga pemain biola sejak tadi memainkan lagu-lagu untuk diorang di restoran ni.

Seorang perempuan di meja dinner tu tak putus-putus memandang dia dari tadi. Perempuan tu senyum telinga ke telinga.

“Siapa call tadi, sayang?” Soalan caring untuk dia.

Dia senyum nipis aje. Duduk di kerusinya.

“Hospital. Bagitau pasal staf I yang admitted pagi tadi.”

“Oh, budak praktikal yang accident dengan you pagi tadi tu?”

Ray angguk satu kali. Tangan ambil pisau dan garfu dan berhasrat menyambung makan. Tapi sebelum sempat mata pisaunya mencecah lamb grilled, tiba-tiba seakan melintas bayangan Aylin di matanya. Sampaikan pergerakan dia pun terhenti sekejap.

Berkerut sikit dahinya.

Dah apa kena, akal dia tiba-tiba tertanya apa yang budak tu tengah buat sekarang? Okey ke tak okey ke. Dah kenapa? Budak tu ada saham besar ke kat company dia?

Damn you, brain. Cemuhnya satu kali.

Dia capai tangkai gelas yang tinggi di sebelah pinggannya lalu mengocak sedikit airnya di dalam bentuk bulatan kecil. Lepas tu dia bawa gelas ke bibir lalu menyisipnya.

So, sayang. Macam mana dengan our wedding? Jadi ke kita nak buat hujung tahun ni?” Mujur Cik Emma kita ni cepat faham keadaan. Laju aje Cik Emma cipta topik menarik.

Tersenyum si Ray pun. Lupa terus pasal Aylin.

Diletakkan gelas di tempat asal. Dalam pencahayaan restoran yang suram-suram tu, dia pusatkan mata pada iris coklat milik perempuan tu.

“I okey aje. I ikut you.”

Seriously?!” Perempuan tu teruja.

Ray senyum kacak. Angguk satu kali.

“Mmm. Seriously.”

“Wahhh!” Nyaris terjerit perempuan tu. Lepas tu cepat-cepat dikawal. Tekup mulut dengan dua tangan. Toleh-toleh ke sekitar.

Tengok tak ada orang pandang diorang, dia kembali pandang encik tunang kesayangan.

Finally dapat juga I lembutkan hati you, sayang!”

Ray senyum sendiri aje. Dan waktu tu, dengan tak diundangnya dia tiba-tiba ternampak-nampak lagi bayang Aylin. Apa yang Emma katakan lepas tu pun dia dah tak boleh fokus dah. Emma bercakap sorang-sorang.

Kali ni dia tertanya-tanya, okey ke Aylin buat kerja sorang-sorang kat pejabat tu?

Macam mana kalau Aylin terjatuh lalu kepala terhantuk di bucu meja? Kepala keluar darah banyak. Aylin pengsan, tapi tak ada siapa kat pejabat.

Ah sudah.

Sudahnya dengan tak dapat dikawal-kawal, Ray bingkas berdiri.

I’m sorry, Emma. I kena pergi sekarang.”

Emma yang tadinya sibuk bercakap pasal pelamin dan konsep majlis perkahwinan, jadi terhenti kat situ. Dongak pandang Ray.

“You nak pergi mana, sayang?”

“I ada hal. You balik sendiri, okey? I pergi dulu.”

Tak tunggu jawapan balas daripada Emma, Ray tinggalkan macam tu aje meja dinner tu.

Emma tertanya-tanya.

 

AYLIN menggosok-gosok mata yang perit. Hidung yang berair pun disedut. Dia terbatuk pula lepas tu. Cukup pakej pula demam dia kali ni.

Dia capai mug yang terletak di sebelah komputer. Sisip hujung mug. Tapi waktu tu barulah dia perasan yang mug dah pun kosong. Air dah habis. Padahal dia tengah mengantuk ni. Jasa baik 3 in 1 sangat-sangat diperlukan dalam waktu-waktu kecemasan macam ni.

Lalu dia pun membetul-betulkan letak sweater di tubuhnya. Selimut ditanggalkan. Disangkut pada backrest kerusi. Dalam menggigil-gigil tu dia bangun dari kerusi. Berjalan terhuyung-hayang menuju ke pantri. Dia berpaut pada dinding supaya tak terjatuh.

Sampai kat pantri, dia hidupkan pemanas air. Lepas tu dia menunggu.

Lama pula rasanya masa ni berjalan. Nak tunggu air mendidih pun ambik masa sampai dia terpaksa termenung dulu.

Pulak tu, dia pun bukannya larat berdiri lama macam ni. Kepala berpusing macam Roda Impian aje ni. Pandangan pun dah gelap-gelap taik kambing. Dunia berputar.

Dia betul-betul exhausted. Nak tarik nafas pun rasa macam banyak sangat guna tenaga.

Sudahnya dia reda aje rebah kat situ. Dia tak larat nak fikir banyak. Esok pagi-pagi staf masuk, pandailah diorang call hospital bila nampak dia terbongkang kat sini.

“Dah tahu tak larat, degil juga nak lari dari hospital.” Terdengar satu suara perlahan mengeluh.

Antara sedar dan tak tu dia buka mata.

Mata masih lagi terasa gelap. Dia tak nampak apa-apa. Tapi dia dapat rasa yang tubuh dia pada waktu ni tengah dipangku. Ternyata jatuhnya dia tadi disambut seseorang. Dan sebelum sempat kepala otak dia yang jammed ni bertanya, tubuh dia dah diangkat dulu. Orang tu membawa dia keluar dari pantri ni.

Dia cuba bercakap. Dia nak tanya, siapakah orang yang tengah mengangkat jasad dia ni. Tapi yang keluar waktu tu,

“Arrr... wayaaaaa... ayaaaa... ayaaa...”

“Tak payah bercakap apa-apalah. Saya takkan faham pun.” Amaran keras.

Gegendang telinga dia menyerap bunyi tu. Lalu maklumat tu dihantarkan pada otak dan otak pun memproses dan melakukan upacara mengenal pasti subjek.

Tak lama lepas tu, dia mengangguk-angguk lemah.

Dia nak tanya, Mr. Ray buat apa datang sini?

Tapi sekali lagi, yang keluar hanyalah,

“Arrr... wayaaa... ayaaa... ayaaa...” Macam radio tersalah Mega Hertz.

Sebelum lelaki ni pergi hempas batang tubuh dia kat sini, dia pun tak kata apa-apa dah. Dia sendiri fed up dengan kebolehan bertutur dia pada saat ini.

Tak lama lepas tu, dia dapat rasa yang diorang masuk ke dalam pejabat Mr. Ray.

Orang tu membaringkan dia di atas sofa berangkai tiga. Lepas tu pergi ke meja kerja Aylin sebelum kembali semula tak lama kemudian.

Sehelai selimut selamat dibalutkan menutupi tubuh dia hingga ke paras leher. Menambah kehangatan pada tubuh perempuan ni.

Aylin nak berterima kasih pada orang tu. Tapi dia tahan. Sebab dia tahu dia cuma akan dapat berbahasa alien aje dalam waktu-waktu macam ni. Jangankan Mr. Ray, dia sendiri pun tak faham apa kejadahnya yang mulut dia duk bebel.

Dapat rasa lelaki tu duduk kat birai sofa. Kat hujung kaki dia. Orang tu pandang dia dengan rasa tak puas hati.

“Siapa suruh awak keluar hospital?” Suara garang.

Dia tak kata apa-apa. Seperti yang disebutkan tadi, dia tak sanggup nak bagi orang tu dengar dia membebel dalam bahasa alien.

“Awak kalau buat perangai macam ni terus, nanti saya report dekat pensyarah awak. Biar dia failkan awak. Biar awak extend satu semester lagi. Tak payah konvo.”

Dalam lemah tu dia celikkan mata. Cari orang tu.

“Janganlah, Mr. Ray.” Susah payah dia keluarkan ayat pendek tu.

Sinar tegang di mata orang tu langsung tak surut.

“Awak ingat saya suka awak berlagak rajin macam ni? Awak tercabar bila saya kata yang orang miskin ni pemalas, kan? Awak nak cuba buktikan yang awak ni rajin. Betul, kan?” Bertubi-tubi dia kena tempelak.

Aylin senyap. Mata bertukar sayu balik memandang lantai.

“Ini jugaklah salah satu sebab kenapa saya benci orang miskin.” Lelaki tu dah tak memandang dia lagi.

“Terlampau fikir cakap-cakap orang. Tak ada pendirian! Semua tu ciri-ciri orang miskin, dan awak baru aje mengukuhkan rasa tak suka saya pada awak.”

Di hujung ayat, lelaki tu mendengus sinis lalu menggeleng-geleng.

Aylin menerima aje semua yang orang tu sumbatkan ke telinga dia. Pedih macam mana pun dia senyap juga.

Hakikatnya, semua yang orang tu cakapkan, memang semua tu kena setepek pada diri dia pun.

“Saya nak, lepas ni awak terus balik rumah. Jangan nak mengada-ngada stayback kat sini. Tak pernah-pernah lagi staf saya O.T sampai empat belas jam, awak tak payah sibuk-sibuk nak jadi orang pertama, okey? Saya takkan puji pun effort awak ni, apatah lagi nak naikkan elaun awak. Awak buatkan saya lagi pandang serong pada...”

“Golongan B40.” Tak semena-mena Aylin memintas.

Ray terdiam. Jeling tajam dekat Aylin.

Aylin senyum dalam pedih.

“Baru sehari saya jumpa Mr. Ray. Tapi saya dah boleh agak apa yang Mr. Ray nak kata. Hebat saya, kan?”

Ray gelak mengejek aje. Tak kata apa lagi, lelaki tu bangun dari sofa dan terus berjalan ke pintu.

“Saya balik dulu.”

Kata-kata tu buatkan Aylin tertanya-tanya apa tujuan sebenar lelaki ni datang ofis malam ni. Lelaki ni datang bukan semata-mata sebab nak bagi ceramah free kat dia, kan?

“Ingat, jangan nak mengada-ngada stayback.” Bersama ayat tu, lelaki tu menarik tombol pintu dan melangkah keluar dari bilik tu.

Tiba di luar bilik, dia tuju sofa di ruang menunggu. Duduk kat situ.

Dia tak tahu Aylin betul-betul dah kuat ke tak nak bangun sendiri dan berjalan pulang ke rumah. Jadi dia fikir, elok juga kut kalau dia menunggu kat sini dulu. Bila Aylin dah balik nanti, baru dia akan balik sekali.

Sementara tu di dalam pejabat Pengarah Urusan, tinggal Aylin berseorangan. Perempuan tu masih pandang pintu bilik yang perlahan-lahan tertutup sendiri.

Lama juga Aylin termenung kat sofa tu. Daripada elok badan berbaring, sampailah dia boleh berdiri. Macam-macam benda yang dia duk fikir.

Kata muktamadnya, sudahnya dia pilih untuk melawan arahan Ray.

Bukan sebab Ray benci pada orang-orang yang terlampau mengikut arahan. Tapi dia buat semua ni sebab memikirkan masa depan pengajian dia.

Dia kena siapkan banyak benda lagi pasal tender tu. Masa dah makin suntuk ni. Kalau dia tak stayback malam ni, macam mustahil coding tu boleh siap dalam tempoh dua hari ni. Lusa dah submission.

Nak harapkan akak-akak dan abang-abang senior? Nak minta tolong diorang? Heh, kerja yang berlambak ni pun datang dari diorang la, wei!

Makanya berjagalah Aylin sepanjang malam tu. Habis satu pad Cool Fever, tepek satu pad lagi.

Dia punya bersungguh tu, sampai dia terlupa yang dia dah lama tak minum 3 in 1. Tapi still okey berjaga. Mungkin sebab keramat kata-kata pedas Ray tadi gamaknya. Dia jadi bermotivasi yang bukan kaleng-kaleng.

Tepat pukul enam setengah pagi, barulah dia terasa penat menaip dan running the coding. Bersandar sekejap dia kat kerusi. Terlentok.

Tangan capai berhelai-helai tisu dari gulungan. Lepas tu hembus-hembus hingus kat situ. Lepas tu dengan longlai tangan gumpal objek putih tu, campak dalam tong sampah.

 

RAY terjaga daripada lena.

Gosok-gosok mata sikit, lepas tu dia pandang jam tangan.

Dah pukul tujuh pagi.

Dia tertanya. Aylin dah balik rumah ke? Kenapa tak kejutkan dia? Aylin tak nampak dia kat sini ke?

Dia bangun dari sofa tempat perbaringannya. Pandang ke arah pejabatnya.

Dari luar ni, boleh nampak lampu terang-benderang menyala.

Terus berkerut dahi dia. Tak balik lagi?

Dia bangun. Tuju ke bilik tu. Tak bagi salam ke apa, cekap tangan dia pulas tombol dan menolak pintu.

“Aylin, saya dah kata...”

Terhenti kat situ. Langkah juga ikut mati.

Sekujur tubuh Aylin, kelihatan tengah tidur di meja kerja. Komputer menyala. Coding-coding yang berbelit lagi berselirat, sedang bergentayangan kat skrin.

Terus Ray lupa pada amuknya. Sebaliknya tangan perlahan-lahan jatuh ke sisi. Kaki melangkah perlahan ke arah meja kerja perempuan tu.

Sampai berhampiran, dia pandang lama perempuan tu.

Nampak sangat letihnya perempuan ni. Muka yang polos lena tu menggambarkan semuanya. Silap hari bulan, boleh jadi perempuan ni siap tengah berlawan dengan rasa trauma kemalangan tu lagi.

Ambil keputusan untuk tak mengejutkan perempuan tu, Ray hampiri lagi perempuan tu lalu mencapai jari-jari Aylin yang masih memegang longgar mouse. Dia alihkan tangan tu. Lepas tu dia sendiri ambil mouse tu. Disave hasil kerja Aylin. Lepas tu berhati-hati pula dia matikan komputer.

Skrin komputer bertukar gelap.

Lepas tu dengan berhati-hati juga, Ray menyentuhkan belakang tangannya ke dahi Aylin.

Masih panas.

Lalu dia capai sekeping pad Cool Fever. Buka plastiknya dan lepas tu melekapkan objek penyejuk badan tu ke dahi Aylin. Senyap-senyap dan berjaga-jaga. Dia tak nak Aylin terjaga.

Selimut yang jatuh ke lantai dia kutip. Dia selimutkan balik perempuan tu.

Lepas tu dia keluar dari bilik tu. Tiba di sofa ruang menunggu, dia ambil blazer hitamnya yang tersangkut di penyandar sofa. Dia berjalan keluar dari jabatan tu.

 

 

~: DONE Part 3! :~

Thanks for spending your precious time here ^_^

Kindly leave your comment, pleaseeeeeee...

Thanks again!

See you on the next part!

0 861 komen:

Post a Comment

Assalamualaikum. Hai!
Terima kasih baca.
Cer komen sikit?