Pages

Sunday 23 May 2021

Cik B40 Dan Encik T20 (Bab AKHIR)


 

DEWAN mesyuarat tengah rancak dengan pembentangan-pembentangan yang bersilih ganti disampaikan oleh para manager dari setiap jabatan yang berbeza.

Ray memusatkan mata pada slide yang terpampang besar di depan dewan. Tapi nampak jauh dan lesu sangat tatapan matanya. Batang pen di genggamannya mengetuk-ngetuk perlahan lampiran kertas di atas meja. Makin lama makin perlahan... akhirnya terus kaku mata pen di atas kertas.

Matanya bagaikan menembus jauh ke slide di skrin layar. Dia termenung.

"Err... Mr. Ray?"

Ray tersedar. Lekas bagi tumpuan pada individu yang memanggilnya.

"Ya?"

Individu pembentang tu diam sekejap. Daripada gaya Mr. Ray bertanya tu aje pun dia dah boleh agak. Lelaki ni tak dengar soalan yang dia aju waktu mula-mula tadi.

Adakah Mr. Ray tak fokus pada pembentangan yang dia buat tadi? Then kalau macam tu, dia risau lelaki ni tak boleh jawab aje pada soalan besar yang dia ajukan ni.

"Setelah meneliti trend software development untuk the last five years... Mr. Ray rasa apa tindakan yang paling patut kita ambil? Adakah kita patut rebut tender dari pihak kerajaan kali ni atau tak?"

Tepat macam yang diagak, Mr. Ray terdiam.

Lelaki ni nak jawab apa aje? Bukannya lelaki ni 'wujud' pun dekat sini waktu sesi menganalisis yang panjang lebar tadi berlangsung. Pendapat apa aje yang patut dia bagi? Silap hari bulan, lingkup Luxoft Corporation disebabkan dia salah bagi kata putus.

Masa depan company dan dua ratus staf berada dalam tangannya sekarang.

Ray kecewa dengan diri sendiri. Mengeluh dia, raup-raup muka yang penat.

"Macam nilah. Should we postpone this meeting to some other specific date?" Tiba-tiba suara tua dari kerusi Chairman kedengaran.

Bila Ray menoleh ke arah tu, Tan Sri Izuddin Shah dah siap memandangnya dalam, bersama satu maksud yang tersendiri. Orang tua tu seakan-akan dapat tangkap yang dia memang kerapkali hilang fokus akhir-akhir ni. Prestasi kerja dia tengah tak stabil. Jadinya orang tua tu cuba muncul dengan jalan penyelesaian yang tak menjatuhkan air muka dia sebagai orang penting syarikat.

"Oh, baik, Tan Sri." Pembentang akur.

Mesyuarat untuk petang ni disudahkan tak lama lepas tu.

Staf-staf beransur keluar. Tapi Ray terus berteleku di tempatnya. Nampak kusut benar. Tak tahulah apa yang mengganggu fikirannya.

Bila dah pasti yang diorang betul-betul dah tinggal berdua aje dalam dewan ni, Tan Sri Izuddin pun bangun dari kerusi megahnya. Berjalan satu demi satu langkah mendapatkan pewaris tunggal hartanya tu.

"Hal apa yang buat kamu sampai hilang fokus pada kerja akhir-akhir ni?" soalnya penuh kaliber.

Ray bersandar di backrest kerusinya. Mata terus lesu. Dia pandang orang tua tu pun sekejap aje. Panahan matanya kembali mendarat pada kertas-kertas di mejanya.

Dia mengeluh perlahan. Rapatkan dua kelopak mata dan cuba tidur.

Memang akhir-akhir ni dia semakin susah tidur malam pun. Ingatan tak sudah-sudah mengenang pada nasib diri yang serba tak kena.

Dalam keadaan mata terpejam tu, dia dapat rasa Tan Sri Izuddin mengambil tempat tak jauh darinya. Duduk di situ dan pandang dia.

"Daddy rasa daddy tahu masalah kamu ni."

Ray tak tunjuk sebarang reaksi. Cuma membiarkan. Sebab dia berani jamin, orang tua ni akan meleset jauh punyalah.

Selama ni dia membesar pun dalam jagaan bibik. Bibik lebih kenal dia berbanding orang tua dia sendiri.

"Ini mesti sebab Emma, kan?"

Tak pasal-pasal tersungging senyuman kecil di bibir Ray. Dah cakap dah, orang tua ni akan salah.

Ray buat tak tahu aje pada ajakan berbual tu. Dia kemas-kemas mejanya. Nak keluar dari dewan tu.

"Emma kata kamu semakin lain semenjak dua ni. Kamu abaikan dia, padahal wedding korang dah makin dekat ni."

Ray senyum nipis lagi. Rupanya pandai juga ayahanda dia ni back up diri sendiri. Gagal meneka pada isu pertama, buka pula topik baru.

"Bila masa pula Ray abaikan dia? Perasaan dia aje tu." Ray tetap bernada datar.

Selesai mengemas barang-barangnya, dia bangun dari kerusi. Beredar.

Tan Sri Izuddin memandang lama pada anak bujang dia yang nampak macam tak ada semangat langsung nak hidup. Lesu sesangat budak tu. Firasat tua dia yakin sangat yang budak muda ni tengah tak betul.

Betul-betul waktu tangan Ray nak mencapai tombol pintu, dia lekas menempelak.

"Kamu tengah teringat dekat perempuan lain, Ray!"

Tangan Ray terhenti memulas tombol pintu. Tepat macam yang tan sri nakkan.

Tan sri senyum mengejek.

"Kenapa diam? Betul cakap daddy ni, kan? Huh, Emma yang bagitau semua ni pada daddy. Dia kata kamu tak habis-habis pasif bila masuk aje pada topik wedding korang. Kamu serah semua urusan pada Emma. Kamu langsung tak nak ambil tahu apa-apa!" Tan sri menyilang dua tangan di dada.

Ray menoleh bersama matanya yang tegang.

"Daddy expect Ray buat apa sebenarnya? Suka dengan arranged marriage yang daddy dengan Uncle Roslan aturkan ni? Padahal daddy dah tahu dari dulu yang Ray langsung tak ada apa-apa perasaan dekat Emma. Daddy yang paksa Ray ikut aje semuanya, kan? Dah lupa?" Tak nak kalah, Ray juga berpaling dari pintu tu dan berdiri menghala tan sri. Peluk tubuh juga sepertimana tan sri.

Suasana jadi tegang dalam dewan tu.

Dua beranak tu bertempur renungan seketika.

Tan Sri Izuddin menyungging sinis. Tengok pada rupa Ray yang tak terurus tu aje pun dia dah boleh agak semua yang ada kat dalam kepala budak tu. Budak tu tengah sangat-sangat memberontak.

"Kamu tak boleh salahkan daddy, Ray."

"Habis tu?" Ray merespons dengan nada menyindir seratus peratus. Senyum mengejek di hujung bibir. Sengaja dia nak tengok apa sebenarnya alasan yang orang tua ni akan perkatakan hari ini.

Tan sri senyum lagi. Melangkah lelaki berusia enam puluhan tu, menghampirinya mejanya.

Tidak lagi memandang Ray, dia mengeluarkan satu hujah pembelaan.

"Daddy buat semua ni sebab selama ni kamu sendiri yang tunjukkan rasa putus asa kamu pada hidup ni. Lepas mummy kamu meninggal, kamu jadi terlampau takut nak sayang orang."

"Dah tentu-tentulah Ray jadi macam ni. Selain mummy, siapa aje lagi yang ada dengan Ray selama Ray hidup dulu? Daddy ke?"

Tan Sri Izuddin ketawa. Sindiran tu cukup tepat mengena batang hidungnya. Bijak betul Ray. Diorang memang tersangat jarang berbual selama ni. Tapi tak sangka pula bila sekali dapat bertukar-tukar kata, macam ni aje yang jadi. Bertekak macam alam semesta ni dah nak kiamat.

Tan Sri Izuddin menggeleng-geleng.

"Kamu terlampau sayangkan mummy kamu tu, Ray."

"Of course!" Ray menempelak orang tua tu. Ayat yang sepatah tu aje tu dah cukup untuk mewakili maksud, 'sebab daddy tak sayang Ray dengan mummyDaddy senang-senang aje kahwin lain kat belakang mummyMummy meninggal sebab daddy!'

Tan sri menggeleng-geleng lagi.

"Ray... Ray..."

Ray tak membalas. Semakin ditegangkan wajahnya. Dia tuntut orang tua ni lekas-lekas menyudahkan tujuannya membuka topik perbualan ni. Dia nak cepat ni, dia tengah banyak kerja lain.

"Tak salah pun kalau kamu terlampau sayangkan mummy. Tapi kamu jangan lupa, kamu ada tanggungjawab dalam hidup ni. Kamu patut bercinta, lepas tu berkahwin dan ada keluarga."

Ray gelak mengejek sedas. Paling muka arah lain.

"Atas alasan tulah daddy paksa Ray kahwin dengan Emma."

"Jadi sekarang tolong bagitau daddy. Siapa perempuan yang dah mencuri hati kamu tu?"

"Apa, daddy nak pergi masuk meminang dia untuk Ray pulak ke?" Sinis tahap petala langit!

Ray gelak mengejek lagi kat situ. Giliran dia pula menggeleng-geleng kepala.

Letaklah sejuta dolar depan mata dia pun. Dia takkan percaya daddy nak buat semua tu untuk dia. Silap hari bulan, malam ni juga daddy paksa dia nikah dengan Emma. Almaklumlah... Emma tu kan anak bestfriend daddy!

Dia cuma menjeling daddy dia tu dengan ekor mata aje. Dia sangat-sangat memandang lekeh pada orang tua tu.

Tapi siapa sangka, tekaan dia betul-betul meleset. Ayat tan sri pada dia waktu tu...

"Betul. Daddy akan masuk pinang dia untuk kamu."

Ray terdiam.

Melihat punya tak terkatanya anak bujang dia tu, tan sri pun menoleh pada budak tu. Rasanya dah cukup la kut bermusuhan dengan darah daging dia ni. Dia dah tua. Dia nak rasa hidup berkeluarga macam orang lain dalam dunia ni.

"Betul. Daddy akan pinangkan dia untuk kamu." Ulang penyataan tu, sebab dia tahu Ray tengah menyalahkan telinga sendiri. Ray rasa dah tersalah dengar.

"Emma macam mana?"

Tan sri senyum lebar. Dia yakin jawapan yang akan dia keluarkan ni bakal buat Ray semakin terkejut.

"Emma yang minta supaya diputuskan pertunangan kamu berdua. Dia dah ada orang lain, sejak kali pertama kamu abaikan dia dulu."


*******


HARI konvokesyen Universiti Malaya.

Cuaca tengah panas terik masa tu. Orang ramai pun tengah berasak-asak di gerai-gerai jualan pesta konvo.

Di booth photoshoot, Aylin tengah bergambar dengan keluarganya sambil berjubah konvo dan memegang skrol. Ada mortar board di atas kepala. Alah, fesyen biasa student-student uni yang baru lepas naik pentas salam Canselor tu la.

"Muka tu kenapa?" Tetiba abang cameraman tak jadi nak ambil gambar.

Terus satu keluarga tu pandang dia. Mak dengan ayah dah kerut-kerut dahi.

"Kakak laparlah. Dari malam tadi tak makan apa-apa." Aylin menekan-nekan perut yang memulas. Muka pun dah lain macam cemberutnya.

Mak lempang tangan Aylin.

"Yang kamu tak makan tu kenapa? Kan dah masuk angin perut tu?" Ambik, tak pasal-pasal kena bebel.

Aylin tercebik, buat muka acah-acah nak nangis.

"Janganlah marah kita. Kita tengah diet ni, tu pasal tak makan."

"Takde maknanya diet. Kau tu dah sekeping macam papan gelongsor tak cukup kalsium aje aku tengok." Adik lelaki tayang muka menyampah.

Yang Aylin pun, bila ternampak mimik muka macam tu yang ditunjukkan si angah, mulalah Aylin nak naik minyak. Bercekak pinggang dia kat tengah-tengah ribuan manusia tu.

"Aku diet bukan sebab nak kuruslah! Aku tengah jimat duit ni. Nanti nak kena pergi interview kerja, banyak duit nak pakai. Aku ni orang yang berfikiran jauh, okey! Bukan macam kau!"

"Huh, berfikiran jauhlah sangat!"

"Huh!"

Dua-dua makhluk tu berpeluk tubuh dan saling berpusing membelakangi sesama sendiri.

Abang cameraman pandang aje drama kekeluargaan yang tak berapa harmoni tu. Tak tahu bila keluarga ni nak start bergambar.

Ayah dah siap duduk bersandar dekat kerusi. Pekak telinga dengar anak-anak bertekak. Tapi ayah buat bodoh aje.

Mak aje yang terlebih bersikap kepimpinan hari ni.

"Kang ada yang kena pelangkung kepala tu kang." Bagi warning dekat anak-anak.

Barulah Aylin dengan angah nak berhenti nak jadi setan. Pandang mak.

Mak dah muka macam Hulk.

"Pergi makan sekarang, kakak. Sebelum mak humban kamu masuk kolam!" Mak tak peduli langsung orang tengah ramai ni. Selamba aje mak sound anak tu.

Kakak memberontak. Berjalan hentak-hentak kaki tinggalkan booth tu. Melawan!

Mak bercekak pinggang tengok anak dara dia tu menonong pergi.

Lepas jenuh berasak dengan orang ramai, Aylin sampai kat booth makanan utara.

"Nak laksa satu, kak." Order.

"Makan ke bungkus?"

"Bungkus."

Maka si akak tu pun lincah buat kerja. Ssup-ssup-ssup... siap!

Dia atas kaunter depan Aylin sekarang, siap satu beg plastik laksa utara yang panas berasap.

Aylin pun mengeluarkan sekeping not berwarna merah. Dihulur pada akak tu.

"Ada duit kecik, dik?"

Ada aje sebenarnya, tapi Aylin malas nak korek poket. Menggeleng la dia pun.

"Tak ada."

Akak tu pun mengeluarkan duit syiling dari kotak duit. Lepas tu hulur pada Aylin.

Aylin menyambut huluran tu. Tapi entah macam mana, masa dia tengah sambut tu, belakang tangan dia terjatuh pada bungkusan kuah laksa yang panas menggelegak tu. Terkejut dia!

Tak pasal-pasal melompat tangan dia tu. Duit syiling seposen yang jatuh atas telapak tangan dia pun apa lagi, melompat sekali la.

Ternganga dia tengok duit tu terbang ke belakang.

Pup! Duit tu jatuh atas lantai.

Lekas-lekas Aylin berkejar ke duit seposen tu.

Masa dia baru berkira-kira nak sampai dekat duit tu, mata dia ternampak ada satu susuk lelaki tunduk mengutip syiling tu. Tangan gagah. Belakang tangan berurat kekar. Aylin macam... kenal.

Aylin terhenti langkah. Terkaku.

Orang tu kembali berdiri, pandang duit syiling yang baru dikutipnya tu.

Sesaat lepas tu, orang tu angkat kepala. Mata diorang bertemu.

Aylin terdiam.

Orang tu senyum sebelah bibir. Melangkah tenang hampiri Aylin yang jelas-jelas tengah terkejut. Macam tengah nampak Jin Ifrit menjelma jadi bidadari.

Sampai depan Aylin, orang tu matikan langkah. Hulur syiling seposen tu pada Aylin.

"Duit awak, kan?"

Aylin yang ternganga tu pun menutup mulut. Mata jatuh pada syiling yang di tangan orang tu. Dia sambut duit tu.

Tapi tiba-tiba orang tu mengelak dari dia.

Dahi dia berkerut.

Tangan orang tu lincah menghilangkan duit di celah-celah jari. Sesaat lepas tu, orang tu hulur balik tangan pada dia. Kali ni duit tu dah terselit di celah dua jari lelaki tu.

"Sekarang cuba teka mana satu syiling yang original?" tanya orang tu. Padahal syiling memang ada sekeping aje pun.

Tapi Aylin tahu, lelaki ni tengah mengajuk dialog yang dia gunakan waktu kali pertama diorang berjumpa dulu. Trick syiling seposen.

Aylin angkat pandangan. Mata pandang orang tu. Tergagap-gagap.

"Mr. Ray buat apa kat sini? Ada family konvo ke?"

"Family? Tak..." Lelaki tu geleng bersama wajah yang nakal. Siap kerling Aylin pula lepas tu. "Tapi bakal family, ada."

"Oh." Aylin jawab sepatah.

Tetiba sekarang dia rasa awkward dengan lelaki ni. Malu pun ada, sebab lelaki ni tahu perasaan dia terhadap lelaki ni.

Lelaki tu angkat kening sambil senyum segaris mempamerkan lesung pipitnya.

"Tak nak tanya ke siapa bakal family saya tu?"

Aylin senyap. Kemam bibir. Lepas tu menggeleng.

"Saya tak nak tahu. Sebab saya takut nanti saya balik yang sedih."

Ayat yang dituturkan dengan suara datar tu, tak semena-mena membuatkan Ray tersenyum lebih mekar.

"Still sayang saya?"

Kali ni pun Aylin senyap juga dulu. Fikir-fikir dulu sebelum nak tunjuk reaksi.

Aylin angguk sikit, dan anak mata pun terus jatuh ke bumi. Wajah dah jadi suram.

"Saya yang tiap-tiap hari menangis sebab tak boleh lupa dekat Mr. Ray."

Ray senyum lagi.

"Saya dah putus tunang pun, Aylin. Sekarang saya dah single and available."

Pun Aylin masih senyap. Entah apa yang difikirkan perempuan ni. Tapi yang nyatanya, perempuan ni tak nampak lega pun dengan berita ni. Apa, Aylin dah ada orang lain ke?

Ray beranikan diri mengagak.

"Awak... dah berpunya?"

"Tak." Aylin geleng.

"Habis tu kenapa awak tak senyum pun bila saya kata saya dah putus tunang?"

Aylin sapu pipinya tiba-tiba. Erk!

Terkejut Ray. Tergelak.

"Kenapa menangis?"

Aylin membentak. Hentak kaki kat situ lalu menampar bahu Ray.

"Siapa bakal family Mr. Ray yang konvo tu?"

Ray tergelak lagi sebab tak percaya Aylin seslow ini.

"Awaklah, siapa lagi? Saya datang sebab nak tengok bakal isteri saya ni konvo. Salah ke?"

Dengar aje ayat tu, tak memasal Aylin pergi tutup muka dengan dua tapak tangan. Tersedu-sedu. Menangis weh!

Orang kiri kanan tertoleh-toleh ke arah diorang.

Ah sudah. Ray tak senang duduk. Gelak lagi dia.

"Lah, kenapa menangis ni?"

Pap! Laju aje tangan Aylin melempang dada Ray.

"Saya terkejutlah, Mr. Ray!"

Ray gelak terus.

"Kalau terkejut kenapa menangis?"

Aylin teresak-esak. Dua tangan menyapu-nyapu air mata di pipi. Sambil tu kaki melangkah dapatkan Ray. Tiba betul-betul di hadapan Ray, tak teragak-agak perempuan tu pergi rebahkan kepala di dada orang tu. Sambung menangis.

Gelak lagi Ray walaupun dia resah dengan posisi semasa diorang ni. Orang-orang sekitar semakin pandang-pandang diorang ni, woih!

Dalam resah-resah tu tangan kanannya naik. Teragak-agak, dia letak telapak tangannya di kepala Aylin. Dia usap-usap kepala tu. Memujuk.

"Jangan menangislah. Saya dah datang cari awak ni, kan?" Suara base.

Lagilah Aylin teresak. Menggeleng perempuan tu.

"Saya ingatkan Mr. Ray dah kahwin dengan Miss Emma..."

Ray senyum aje.

"Saya sukakan awak. Nak buat apa saya kahwin dengan perempuan lain?"

Ray dapat rasa dua tangan Aylin menggenggam hujung kamejanya. Aylin semakin meluahkan perasaan di dalam pelukan dia. Macam rindu sangat pada dia. Lama sangat tak terluah.

Dia usap-usap lagi kepala Aylin.

Lepas dah lama macam tu, barulah Aylin mengangkat kepala dari dada dia. Mendongak cari mata dia. Sambil-sambil tu tangan sapu air mata. Merah dah mata tu.

"Tak nak kenalkan saya dekat family awak?" usiknya.

Aylin kelip-kelip mata sekejap.

"Mr. Ray serius ke ni? Kenapa saya rasa macam mimpi ni?" Perempuan tu pergi tampar-tampar pipi sendiri.

Terhibur Ray dengan kerenah perempuan ni. Ketawa lagi dia. Ditangkapnya tangan Aylin dan menghentikan tangan tu daripada terus melempang muka sendiri.

"Saya seriuslah. Awak tak nak kenalkan ke?"

Aylin diam. Pandang mata dia tanpa berkata apa-apa. Serius perempuan ni nampak speechless gila.

Ray selamba aje melayan semua ni. Diangkat kening dengan nakalnya.

"Sebelum datang sini semalam, saya dah bagitau orang tua saya yang saya nak pinang awak secepatnya. Kalau boleh, sebelum awak start kerja nanti saya dah ikat awak dengan akad nikah."

Aylin cuba hadam betul-betul situasi semasa yang tengah dilaluinya ni. Macam mimpi ke macam berangan ke, dia kena juga cepat-cepat sedar.

Dia pandang balik mata orang tu.

"Mr. Ray tak main-main?"

Dengan kata-kata tu, Ray pun tersenyum mekar. Dihampiri semula Aylin, lalu menarik perempuan tu ke dalam pelukannya.

Aylin menurut aje walau tengah keliru.

Ray mengeratkan dakapan.

"Kalau boleh, saya nak minta supaya tuhan kenalkan saya dengan awak lebih awal. Saya tak pernah percaya pada cinta, sampailah saya kenal awak. Awak, Aylin. Awak."

Aylin diam. Tapi Ray dapat rasa yang Aylin dah mula selesa dengan dakapannya.

Ray pun tersenyum dan semakin mengeratkan pelukannya. Ya... begitulah... Penyudah kepada sebuah kisah di antara Cik B40 dan Encik T20 dia tu.

~TAMAT~

~: DONE Part 10! :~

Thanks for spending your precious time here ^_^

Kindly leave your comment, pleaseeeeeee...

Thanks again!

This is the last part. So, see you on the next storiette insya-Allah!

*** There will be a short contest for this storiette. Have a look at Shaze Alma's Facebook and all the best!***

Thursday 20 May 2021

Cik B40 Dan Encik T20 (Bab 9)




 “EH? Ini bukan jam Mr. Ray ke?”

Soalan tu lekas-lekas mengembalikan diri Aylin ke dunia nyata. Dia angkat mata daripada skrin telefon.

Kak Mona yang baru sampai kat meja bulat tu nampak tengah berkerut dahi. Macam tu juga dengan akak-akak yang lain. Semua nampak pelik bila tengok jam tu ada dekat pergelangan tangan dia.

Lekas-lekas Aylin sorok jam tu di sebalik lengan blausnya.

“Saya tak curi jam ni.”

“Habis tu?” Laju aje diorang menembak dia.

Aylin gagap kat situ. Dia sendiri pun tak tahu macam mana nak terangkan.

“Saya tak tahu kenapa Mr. Ray suruh saya pakai jam ni. Kalau saya nak curi jam ni, saya takkan pakai depan orang ramai macam ni.”

Akak-akak tu diam. Sebab jawapan Aylin tu memang ada juga logiknya.

Tapi diorang tetap tak puas hati. Lagi-lagi Kak Aqilah, staf yang semalam tanya pada Mr. Ray pasal kumpulan mana perempuan tu diletakkan. Selama ni pun memang satu Luxoft Corporation tahu yang Kak Aqilah tangkap cintan kat bos tu.

“Nampaknya korang semua still pandang lekeh dekat Cik Aylin. Betul apa yang saya cakap ni, kan?” Suara Mr. Ray muncul dari belakang.

Akak-akak tu dan Aylin serentak menoleh ke arah tu.

Nampak Mr. Ray melangkah penuh gaya masuk ke dalam restoran ni sambil melipat lengan kamejanya ke paras siku. Bersahaja aje orang tu.

Sampai dekat meja makan yang diduduki Aylin, Mr. Ray tarik kerusi lalu selamba duduk kat situ. Betul-betul depan Aylin.

Mr. Ray pandang Kak Mona yang betul-betul nampak curious tu.

“Memang saya yang bagi jam tu pada dia. Hmm... sebab saya tak suka staf-staf yang lelaki kacau dia, mungkin?” Lelaki tu buat-buat macam khusyuk berfikir. Berkerut-kerut dahi.

Akak-akak tu semua terdiam. Kak Aqilah lagilah, nampak frust gila dengan kenyataan tu.

Mr. Ray senyum.

“Jangan risau. Sebagai ganti pada jam yang saya bagi tu, Cik Aylin dah tandakan saya dengan gelang handmade ni.” Mr. Ray angkat tangan kiri lalu menayangkan gelang yang dimaksudkan tu. Senyum lagi.

“Untuk sepanjang tempoh event ni, saya bodyguard Cik Aylin. Is everything clear now?”

Semua akak tu senyap.

Mr. Ray pandang Aylin yang nampak lega dengan kemunculan lelaki ni kat sini. Dia kenyit mata kiri pada perempuan tu.

Tetiba lalu kat sebelahnya pengarah program.

“Kamal,” Mr. Ray panggil.

Orang tu terus berhenti berjalan dan menoleh pada lelaki tu.

“Saya, Mr. Ray?”

Mr. Ray menjeling gelang tangan yang Aylin pakaikan pada pengarah tu malam tadi.

“Tanggalkan gelang tu.”

Pengarah pandang pada arah yang dijeling Mr. Ray tu.

“Oh!” Baru tersedar yang gelang masih ada di situ. Dia terlampau sibuk sampai tak perasan pada apa yang ada pada tubuhnya.

Terus ditanggalkan.

Mr. Ray hulur tangan. Tunggu orang tu serah pada dia.

Semua orang duk pandang babak pelik yang tengah berlangsung di tengah-tengah restoran ni.

Pengarah serahkan gelang tu.

Thanks.” Mr. Ray sambut dan menyimpan gelang tu dalam kocek kameja.

Lepas tu tanpa mempedulikan semua orang, Mr. Ray selamba mengambil cawan yang terlungkup di atas piring yang terletak di atas meja tu.

Mr. Ray tegakkan cawan tu, lepas tu tuang air teh panas ke dalam cawan tu. Lepas tu berhati-hati menghirup air yang berkepul-kepul asap tu.

Aylin dan semua yang lain terus-terusan tak faham dengan kerenah pelik bos besar diorang pagi ni.

 

“AKAK rasa Mr. Ray suka kat kamu, Ai.”

“Adoi!” Dan-dan tu la tangan Aylin tak pasal-pasal terpegang besi panas kat atas dapur barbeque. Aylin lekas-lekas menghisap jari yang melecur kepanasan.

“Makkk...” Perempuan tu menangis tak berair mata.

“Ish, over la kamu ni.” Kak Mona cubit bahu budak tu.

Aylin tercebik-cebik tahan tangis. Hisap lagi jari yang pedih.

Kak Mona pandang sekitar. Tengok tak ada sesiapa yang berpotensi mendengar perbualan ni, dia kembali pandang Aylin. Cuit lagi bahu budak tu. Bisik.

“Malam tadi obvious gila cara dia overprotective dekat kamu. Semua orang pun perasan, sampai kecoh la satu Luxoft ni pasal Mr Ray jealous ada orang nak try kamu. Dia tetiba tarik diri dari game bila Cinderella’s team leader nak dukung kamu, kan?”

Aylin mengangguk acuh tak acuh aje bila tengok akak tu beria tunggu dia bersetuju. Jari aku tengah berdenyut-denyut ni, woih!

“Haaa... Akak bukan satu group dengan korang malam tadi tau, tapi gosip tu punyalah deras mengalahkan taufan sampaikan akak pun boleh tahu sekali.”

Aylin belek-belek jari telunjuknya yang melecur. Pergi dia ke singki lalu mengalirkan air pada jari tu.

Kak Mona mengikut langkah budak tu.

“Aqilah la yang paling frust menonggeng. Beria meroyan dia malam tadi sampai tak tidur semalaman.”

“Aduh! Aduh! Aduh!” Aylin melibas-libas tangan yang melecur tu.

Terdiam Kak Mona kat situ. Orang tengah sibuk membawang, budak ni lagi duk sibuk dengan jari dia tu.

“Oih, dengar tak ni?” Dilempangnya bahu Aylin.

Aylin masih lagi mengibas-ngibas tangannya tu.

“Makkk...” Budak tu teresak-esak. Menganga.

Kak Mona tak terasa nak berhenti membawang. Banyak lagi yang belum habis dia lepaskan. Dia nak keluarkan semua gosip yang dia tahu!

“Kalau kamu perasan, sekarang ni budak-budak team Cinderella mana ada tegur-tegur kamu lagi dah. Tak perasan ke?”

Aylin menggeleng aje sambil terus mendesis-desis tahan sakit. Dibelek lagi jarinya.

Nampak dah mula menggelembung dan berwarna kemerahan kat kawasan cedera tu. Dia kibas-kibas balik tangan tu. Sikit punya tak tentu arah.

Waktu tu, beberapa team member kumpulan Cinderella datang dekat port barbeque ni. Diorang perasan aje Aylin ada kat sini dan tengah tak normal, tapi diorang tak tegur pun perempuan tu. Lagi-lagi bila tengok jam tangan berciri maskulin yang setia melilit pergelangan tangan perempuan tu. Diorang senyum pahit aje dan buat-buat sibuk. Lekas-lekas tinggalkan tempat tu sebaik sudah mengambil ayam dan sosej bakar.

Kak Mona perasan ketara gila gelombang-gelombang ke-awkward-an yang tersebar kat tempat tu. Tapi Aylin boleh buat bodoh aje. Duk sibuk juga dengan tangannya tu. Memang dasar lurus bendul la budak nih.

Tergeleng-geleng Kak Mona. Mengeluh pasrah. Tak tahu dah nak cakap macam mana.

 

EVENT tahunan Family Day berjaya sampai ke penghujungnya. Meriah.

Seminggu lepas tamat event tu, Aylin kembali masuk ke pejabat macam biasa. Kembali buat kerja macam sebelum ni. Berlagak biasa aje dia. Macam tak ada apa-apa jadi. Macam dia tak pernah berhenti dari tempat ni.

Gosip-gosip pasal dia dan Mr. Ray terus bertiup kencang. Dia aware aje pasal gosip-gosip tu semua, tapi dia sengaja buat bodoh. Berlagak macam pekak tuli dan takde perasaan. Dia terus juga jadi budak praktikal yang kononnya innocent.

Hari terakhir dia bertugas di Luxoft Corporation, dia lagi semangat menyiapkan kerjanya. Kalau boleh, dia nak tinggalkan tempat ni dengan seribu kenangan indah.

Macam-macam pengalaman yang dia dapat sepanjang kerja kat sini. Pengalaman yang tak pernah terfikir pula tu.

Sure dia akan kenang semua tu sampai ke hujung nafas punyalah. Haih, ada orang potong bawang la pulak tiba-tiba.

Tanpa sedar, Aylin senyum sebak. Tapi sambil-sambil tu dia tersenyum juga. Syahdu.

Ting! Lif berhenti di tingkat tiga puluh. Pintu lif terbuka.

Aylin melangkah luas keluar dari lif, bersama dokumen yang ingin diserahkan pada Mr. Ray. Sambil berjalan, dia sempat mengerling skrin telefon pintar yang berada di tangannya.

Dah dekat pukul lima. Dah nak habis office hour. Bermakna status dia sebagai warga Luxoft Corporation ni akan berakhir dalam masa tak sampai sepuluh minit lagi dari sekarang.

Sampai kat depan pejabat Mr. Ray. Pintu pejabat tak tertutup rapat masa ni. Terbuka sikit.

Aylin berhenti melangkah. Tarik nafas dalam-dalam, lepas tu hembus perlahan. Dia cuba ketuk pintu tu, tapi waktu tu dia terdengar suara seorang perempuan dari dalam pejabat.

“Kalau betul semuanya cuma salah faham, tolong buktikan pada I, Ray.” Suara merayu yang sangat lirih.

Aylin tertahan dari mengetuk pintu.

Mr. Ray tengah ada tetamu ke?

Aylin jadi ragu-ragu pula kat sini. Tapi dia kena cepat ni. Dokumen ni mesti diserahkan pada Mr. Ray sebelum tamat office hour hari ni juga.

“Masuk, Aylin.” Suara Mr. Ray tiba-tiba kedengaran.

Aylin terkejut. Dan Mr. Ray pun tenang aje menerangkan macam mana lelaki tu boleh tahu kewujudan dia kat sini.

“Saya memang tunggu awak pun. Masuklah.”

Aylin berhati-hati menolak daun pintu.

Di dalam pejabat Mr. Ray sekarang ni, Aylin nampak seorang perempuan berdiri di tengah-tengah bilik menghadap Mr. Ray.

Mr. Ray pula tengah duduk santai di birai mejanya menghadap perempuan tu.

“Assalamualaikum.” Suara Aylin rendah. Sopan dan kalau boleh dia tak nak mengganggu urusan orang tu. Nampak macam serius aje diorang.

Dua orang manusia tu menoleh. Masa ni Aylin nampak mata perempuan tu berair macam baru lepas menangis.

“Perkenalkan. Inilah Mas Aylin yang you nak jumpa sangat tu.” Mr. Ray dengan selamba memperkenalkan mereka.

“Aylin. Perkenalkan. Ini Emma, tunang saya.”

Nada lelaki tu tenang aje, tapi tak tahu kenapa Aylin tiba-tiba bagaikan mendengar bunyi guruh mengguntur dan petir menyambar bumi. Segala-galanya hancur berkecai dan melayang terbang dihembus angin kencang taufan.

Tunang.

Aylin terdiam kat situ. Tak tahu apa sebabnya dia jadi macam tu. Kaki pun tiba-tiba bagai dipaku di bumi.

Mr. Ray tak perasan perubahan pada Aylin tu. Selamba juga lelaki tu angkat kening.

“Hujung tahun ni kami nak kahwin, tapi sekarang ni Emma sangat-sangat tengah terganggu dengan gosip pasal kita berdua. So saya panggil Emma datang hari ni sebab saya nak kenalkan awak dengan dia.”

“Oh.” Suara Aylin terputus. Dia cuba senyum, tapi bibir seakan lumpuh.

Mr. Ray kerling Emma yang masih kaku memandang Aylin.

So what now, Emma? Puas dah hati you? I dengan staf I ni langsung tak ada apa-apa deep feeling. Hari ni pun memang hari last dia praktikal dekat Luxoft Corporation. What do you expect? I akan tergamak nak tinggalkan you semata-mata sebab nak kejar seorang budak U yang jauh lagi muda daripada kita?”

Sekali lagi Aylin tak faham kenapa dia mesti rasa pedih sangat dengar ayat tu lancar aje meluncur dari bibir Mr. Ray.

Mr. Ray jelas-jelas meletakkan benteng yang sangat kukuh terhadap dia. Dia adalah stranger dalam hidup lelaki tu.

Dia dapat rasa ada yang mencengkam dengan sangat kejam pada dada kirinya. Sesuatu yang menikam-nikam dan menghiris-hiris tanpa belas kasihan.

Selama ni Kak Mona dengan staf-staf lain kat corporation ni semua bermati-matian pujuk dia supaya percaya yang Mr. Ray sukakan dia. Tapi dia boleh mentah-mentah mematikan semua hujah orang-orang tu. Sampai diorang semua terdiam dengar dia bertegas.

Alih-alih sekarang, sebaris ayat ringkas dari Mr. Ray aje dah buat dia rasa macam nak tersungkur ke bumi. Kenapa mesti macam ni?

“Aylin? Awak tak nak cakap apa-apa dekat ‘kakak’ awak ni?” Mr. Ray menyapa dia bila dia lama sangat membungkam.

Aylin kembali pandang pasangan tu. Susah payah dia kerah bibir yang pucat tu mengukir senyum.

“Tahniah.” Itu aje yang boleh keluar waktu ni. Dia pandang Ray pula lepas tu.

“Saya minta diri dulu ya, Mr. Ray? Dah pukul lima pun sekarang.”

Mr. Ray angguk aje satu kali dengan yakin.

All the best dekat luar sana. Hope you’d gained something precious along your internship programme here.”

Jelas sangat dalam tutur kata orang tu, langsung tak ada sebarang perasaan sentimental terkandung walaupun sikit. Orang tu jelas-jelas hanya menganggap dia pada batasan profesionalisme antara majikan dengan pekerja.

Aylin lekas berpaling dan melepas tombol pintu. Berjalan mendapatkan lif.

Turun di tingkat groundfloor, dia berjalan berseorangan ke pondok menunggu bas. Tanpa disedarinya, tangan kanannya tak sudah-sudah menggenggam dada kiri.

“Sakkkit sangat perasaan ni, Aylin,” tekannya.

Bagaikan turut merasai kehibaan yang sama seperti dia, waktu tu hujan pun turun membasahkan muka bumi Kuala Lumpur ni.

Dekat sinilah Aylin sudahnya tewas. Pecah tangisannya di tengah-tengah hujan tu, dan dia pun jatuh ke atas jalan. Dia cengkam buku lima, sungguh dia tak pernah rasa sakit yang sedalam ini.

Teresak-esak. Dia mengerang.

 

TAK lama selepas Aylin beredar dari pejabat tu, Emma pun ikut sama meminta diri. Dah puas hati dengan bukti-bukti yang ditunjukkan Ray.

Yang Ray pula, bila Emma bagitau aje hasrat nak minta diri, tuhan ajelah yang tahu betapa leganya dia. Ya! Dia memang mengharap Emma cepat-cepat meninggalkan tempat ni pun. Cuma dia tak tunjukkan perasaan tu depan-depan Emma. Dia berlagak macam tak ada apa-apa.

Lepas aje Emma pergi, Ray tak tunggu lama lagi. Berlari dia keluar dari situ. Tekan-tekan punat lif tak menyabar. Setiap saat yang berjalan dirasakan terlalu lama. Sampai aje lif, dia terus masuk dan dengan tergesa-gesa pula jari menekan-nekan punat G.

Turun di lobi, dia berlari lagi. Mencari.

Seketika dia hilang arah. Sampailah akhirnya dia ternampak sekujur tubuh Aylin sedang duduk berteleku di tengah-tengah hujan yang menggila. Aylin sedang menangis teresak-esak.

Dia dapatkan perempuan tu.

“Aylin!” Dia turun berlutut depan perempuan tu. Dia pegang bahu perempuan tu dan cuba meminta agar perempuan tu bangun.

Aylin angkat kepala pandang dia.

Dia balas pandangan sayu perempuan tu.

Bila bertemu anak mata mereka, Aylin diterpa sebak. Kembali berlinangan air mata perempuan tu.

Ray tak sanggup nak pandang tangisan tu!

Dia letak telapak tangannya di belakang tengkuk Aylin. Lembut dia tarik perempuan tu. Dia peluk erat tubuh perempuan tu. Dan Aylin pun menangis makin teresak-esak.

“Saya minta maaf, Aylin. Saya minta maaf.” Merayu.

“Mr. Ray bagi saya harapan palsu selama ni...” Tangan kanan Aylin memukul lemah dada lelaki ni.

Ray mengangguk mengakui salahnya. Ray pun ikut sama memendam rasa terluka tu.

Semakinlah lelaki ini mengeratkan pelukannya. Sampai Aylin tenggelam semakin jauh di dadanya.

Aylin menangis lagi. Pukul-pukul lagi dada Ray.

“Saya budak kampung yang naif sangat, Mr. Ray... Saya senang salah faham bila orang layan saya lebih daripada orang lain. Kenapa Mr. Ray sanggup buat macam ni pada saya?”

Untuk soalan kali ni, Ray tak respons apa-apa dah. Yang dapat Aylin rasa, lelaki tu cuma mengeratkan pelukan. Seakan-akan ada yang tak dapat diterangkan oleh lelaki ni.

Lagilah Aylin terkilan.

Dikeluarkan dirinya dari dakapan lelaki tu. Lepas tu mendongak sikit mencari mata lelaki tu.

Ray sayu menatap matanya.

“Saya tak boleh sayang sesiapa, Aylin. Semua orang yang saya sayang, semua akan pergi tinggalkan saya.”

Aylin tak faham. Cuba ditelah maksud pengakuan lelaki ni melalui sepasang mata yang redup tu.

Tapi selepas beberapa ketika, Aylin tetap tak jumpa jawapan yang dicari. Aylin masih tertanya-tanya.

“Baliklah ke tempat asal awak, Aylin. Lupakan saya. Saya tak cukup baik untuk bahagiakan awak.”

Aylin kembali menangis.

Ray menanggalkan jam dari pergelangan tangannya. Dia capai tangan Aylin, lalu dia letak jam tu di atas telapak tangan perempuan tu. Dia buat jari-jari Aylin menggenggam objek tu.

Dia tatap wajah yang lirih tu.

“Ini aje bukti yang kita pernah berjumpa atas dunia ni. Saya tak dapat bagi lebih dari ni.”

“Kejam sangat semua ni, Mr. Ray...” Aylin merayu agar tak ditinggalkan.

Ray tak balas apa-apa dah. Cuma Ray pegang dua bahu Aylin dan meminta agar perempuan tu bangun berdiri.

Aylin menurut pada permintaan lelaki tu. Bangun berdiri.

Lelaki tu membawanya ke pondok bas berhampiran. Bila dah pasti Aylin betul-betul dah terlindung daripada hujan, dua tangan Ray pun melepaskan bahu perempuan tu. Berpaling lelaki tu dan terus pergi dari tempat tu.

“Mr. Ray!” Aylin tak boleh terima perpisahan yang sebegini kejam. Berhamburan kembali air matanya.

Tapi Ray tak mempedulikan dah panggilannya.

Sebelum sekujur tubuh tu menghilang di sebalik bangunan, Aylin sempat nampak lelaki tu menyeka air mata di pipi. Dan lepas tu lelaki tu terus berlalu dan menghilang pergi.

Lepas tu, tempat tu hanya kosong tanpa ada sesiapa lagi.

“Mr. Ray...” Aylin terbiar sendirian.

 

~: DONE Part 9! :~

Thanks for spending your precious time here ^_^

Kindly leave your comment, pleaseeeeeee...

Thanks again!

See you on the next part!