Pages

Saturday 1 May 2021

Cik B40 Dan Encik T20 (Bab 2)

 WELCOME to the World War III!

Ayat tu ringkas aje. Sebaris aje. Tapi cukup berkuasa menggegar dunia Aylin. Berkali-kali dia kenyang telan liur sendiri.

Di depan matanya sekarang, renungan tajam Ray tengah menikam ke matanya. Mode suci murni yang orang tu tayangkan sebentar tadi, sekarang dah diubah suasana. Masuk pada mode serius. Tiada lagi senyuman kacak, tiada lagi kata-kata manis.

Kata orang, inilah watak sebenar lelaki ni. Lelaki ni monster.

Aylin tahu tengkuknya bila-bila masa aje boleh disembelih lelaki ni. Siapa aje yang tak kenal keturunan Tengku Izuddin Shah. Semuanya berdarah diktator. Tak payah bagi briefing pun Aylin dah tahu, perangai kuku besi bapak singa tu menurun juga dekat anak tunggal kerabat diraja ni.

Ray bangun berdiri. Seluk dua tangan ke dalam poket slek. Lepas tu berlalu dari cubicle hall Jabatan Kejuruteraan tu.

Sebelum kaki keluar melepasi pintu, terdengar satu arahan mandatori dari lelaki tu.

"Berkuatkuasa serta-merta, pindahkan meja Cik Mas Aylin ke aras Administration Department. Biar saya yang pantau dia."

Dengan perintah tu, tahulah Aylin yang Malaikat Izrail tengah bagi salam kat dia. Ajal dia dah pun sampai.

Sekali lagi dia telan liur.


*****************


DENGAR arahan suruh pindahkan dia ke tingkat pentadbiran, dia dah rasa tercekik. Tup-tup, tak sempat pun nak hela nafas, orang tu update pula perintah tu dengan arahan tambahan.

"Letak meja dia dalam bilik saya."

Nak tergolek Aylin rasa masa tu.

Budak-budak technician pun nak kata apa lagi. Diorang ikut ajelah arahan maut tu. Masukkan meja Aylin ke dalam bilik bos. Dah muka Mr. Ray pun serius aje memanjang macam nak bunuh orang. Beranilah diorang nak banyak-banyak soal dekat encik diktator tu. Biar kena pancung.

Sekarang, meja dah selamat dipindahkan ke lokasi yang dikehendaki

Sekarang, meja dah selamat dipindahkan ke lokasi yang dikehendaki. Elok aje seketul kat tengah-tengah bilik, menghadap pintu.

Aylin teragak-agak gila waktu nak duduk kat kerusi. Serba tak kena. Lagi-lagi bila dia sedar yang encik bos tu tengah merenung tajam diri dia dari meja CEO sana. Sinar mata orang tu, kalah kilauan pedang Samurai.

"Awak nak tunggu saya tarikkan kerusi dulu baru awak nak duduk ke?" Suara sarkastik yang memecah suasana lengang dalam bilik tu.

Gelabah Aylin tarik kerusinya. Terus duduk. Tak banyak cakap.

Tapi mata bos tetap pegun berpusat padanya. Padahal dia dah tunaikan kehendak orang tu. Dia dah duduk kat kerusi ni macam yang orang tu nakkan.

Tak pasal-pasal dia jadi serba tak kena balik.

Dia buat-buat sibuk. Hidupkan komputer dan keluarkan kertas kerja. Dia sambung kerja-kerja membina coding untuk jenama terkini perisian komputer yang bakal dikeluarkan oleh syarikat ni.

Daripada mesyuarat yang staf-staf adakan baru-baru ni, tender menyiapkan software ni bernilai tiga ratus juta ringgit

Daripada mesyuarat yang staf-staf adakan baru-baru ni, tender menyiapkan software ni bernilai tiga ratus juta ringgit. Tender oleh pihak kerajaan Malaysia. Software yang tengah dibina oleh para software engineers di syarikat ni adalah sebuah software untuk mengesan bot-bot dan kewujudan lanun dan PATI di perairan-perairan penting negara ni. Kerjasama dengan pihak Maritim.

Selama ni kerajaan mengesan lanun dan PATI hanyalah berdasarkan khidmat spy. Tak berapa menjadi sangat teknik tu, disebabkan banyak aspek teknikal yang tak dapat dinafikan. Antaranya, manusia mempunyai kekurangan dari sudut merisik maklumat. Kemampuan deria manusia dalam mengecam PATI dan lanun tak sehebat komputer.

Dengan adanya software ni nanti, dijangkakan syarikat ni akan diiktiraf ke peringkat global. Sebab dalam dunia setakat ni, inilah kali pertama software semacam ni diwujudkan.

Jadinya, untuk tahun ni, inilah projek mega syarikat ni. Dan Aylin adalah salah seorang pembangun software tersebut. Bangga siot.

Tengah-tengah dia sibuk menaip coding-coding ke dalam komputer, tiba-tiba setimbun kertas A3 diletakkan di atas mejanya.

Terus dia keluar dari dunianya. Mendongak pandang Ray yang meletakkan kertas-kertas tu.

"Saya, Mr. Ray? Ada apa ya?"

"Buat agenda mesyuarat untuk meeting petang ni. Dalam ni ada semua dokumen yang wajib ada."

Aylin diam sekejap.

Kerja menyiapkan agenda meeting ni bukannya kerja dia. Tak ada dalam job scope waktu interview hari tu.

"Tt... tapi saya tengah sibuk ni, Mr. Ray."

"Sekarang ni awak bos ke saya bos?" Tiba-tiba suara orang tu meninggi.

Aylin terdiam. Terkejut sebenarnya. Sebab seumur hidup, ini kali pertama dia dengar suara sekeras itu.

"Mr. Ray bos."

"Jadi?" Laju aje orang tu mempersoal.

Aylin cuma dapat diam aje. Nak jawab pun tak tahu nak jawab apa. Kerja dia serius tengah banyak ni. Tender ni mesti disiapkan sebelum lusa. Kalau tak, dah satu hal pula kena maki dengan Department Manager.

Alangkan kena maki sikit dengan bos besar ni pun dia dah nyaris-nyaris rasa nak berhenti kerja, inikan pula kalau kena hentam dengan Department Manager. Orang tu la yang akan menentukan sama ada dia akan lulus atau tak subjek internship ni. Tak sanggup dia extend semester semata-mata sebab subjek Latihan Industri. Duit, woi. Duit.

Mana nak cekau duit beribu nak bayar yuran. Takkan nak mintak mak bapak. Dah la dia anak sulung. Adik-adik berderet kat bawah. Semua peringkat umur pun ada. Bayangkan la betapa ramainya bilangan adik-beradik dia.

"Saya nak by twelve P.M today, semuanya mesti dah siap. Belajar jadi multitasking sikit. Macam mana awak nak masuk industri kalau macam ni attitude awak? Awak rasa ada mana-mana majikan nak hire awak ke kalau awak bawa perangai mengada-ngada ni pergi interview?"

Itu dia. Pedih telinga, woih.

"Maafkan saya, Mr. Ray." Aylin terpaksa mengalah. Mata tunduk aje. Tak berani nak angkat, apa lagi nak pandang orang tu.

"Sekarang ikut saya." Belum pun sempat nak hadam dengan tugas yang di luar job scope tu, alih-alih sekarang ni orang tu muncul pula dengan satu arahan baru.

Aylin, dalam takut-takut tu terpaksa juga mendongak pandang muka serius orang tu.

"Pergi mana, Mr. Ray?"

"Meeting dengan client." Lelaki tu berlalu ke pintu.

Pulak dah. Tadi kata agenda mesyuarat mesti siap sebelum pukul dua belas. Sekarang dah pukul sepuluh. Dah tu kalau sekarang ni dia kena ikut pergi jumpa client, bila masanya dia nak siapkan agenda mesyuarat?

"Tt... tapi, Mr. Ray..."

"Jangan banyak cakap!" Tengkingan orang tu mengguntur tiba-tiba. Mata bagaikan helang nak telan dia.

Punyalah kuat suara tu, sampaikan setiausaha Ray kat luar pun jadi tertoleh ke bilik ni.

Ray pula tak teringin langsung nak bagi peluang pada dia bertenang. Ray keluar macam tu aje dari pejabat tu. Muka lokek senyuman. Tangan pula ambil Ray Ban dari lapel suit, sarung aviator tu ke mata. Angkuh.

Nak menangis Aylin rasa.

Kena buli dengan kakak-abang yang lebih senior kat office ni, dia okey lagi. Tapi bila encik bos pun join sekaki bahkan sampai tahap firaun kekejamannya, dia betul-betul rasa dianiaya. Dia rasa orang-orang kat sini memang sengaja nak gagalkan dia untuk subjek ni. Orang benci dia, tunggu dia berambus sendiri dari company gah ni.

Salah apa yang dia dah buat? Adakah sebab dia budak kampung? Budak B40. Miskin. Macam tu?

Salah ke dia dilahirkan miskin?

Dia sapu air mata yang nak turun ke pipi. Sebelum Ray mengamuk lebih teruk, dia lekas-lekas bangun dari meja kerja tu. Capai beg tangan dan timbunan kertas A3 tu, dan terus berlari kejar lelaki tu.

Berdua tu masuk ke dalam lift.

Aylin berdiri beberapa tapak di belakang Ray. Senyap aje. Lift pun kosong aje masa ni. Cuma ada diorang berdua, sampailah waktu lift berhenti di tingkat dua puluh dua. Staf-staf dari Jabatan Kesihatan berasak masuk. Sampai penuh lift tu.

Sekarang ni Luxoft Corporation tengah waktu minum pagi. Staf-staf semua kebanyakannya keluar dari pertapaan masing-masing. Nak turun ke kafeteria.

Waktu tu, Ray dan Aylin terpaksa berganjak beberapa tapak ke penjuru lift.

Pengguna berasak masuk lagi.

Aylin mula tak selesa bila beberapa lelaki hampir-hampir menyentuh tubuhnya. Gelisah dia. Dikecilkan diri kat penjuru ruangan tu.

Waktu tulah Ray menoleh pada dia yang berada di belakang ni.

Dia diam aje. Kekal tunduk. Mulut membentuk perkataan 'sorry.' Tanpa suara dan tanpa sebab.

"Excuse me." Tiba-tiba suara penuh authority lelaki tu kedengaran.

Pengguna-pengguna lain di dalam lift tu menoleh ke arah lelaki tu.

Tak semena-mena Ray mencapai tangan Aylin. Tarik Aylin ke belakang tubuhnya.

"Please give her some space."

Mata orang ramai tu segera jatuh pada Aylin. Berubah terus muka masing-masing.

"Oh! Sorry Mr. Ray." Staf-staf tu cepat-cepat berganjak dari tempat masing-masing. Bahkan separuh dari gerombolan tu siap keluar dari lift.

Sempat juga Aylin perasan muka orang ramai tu semacam keliru dengan keprihatinan lelaki ni terhadap dia. Tapi sekejap aje perasaan tu datang pada dia. Sebab muka Ray yang serius tu, dan tengkingan lelaki tu di pejabat tadi betul-betul membunuh perasaan dia. Juga dia memikirkan kerja yang banyak tengah menunggu untuk disiapkan.


***************


"ENGINEERING Department's Manager kata, awak ni datang dari family B40. Betul?"

Aylin tengah bertungkus-lumus menaip kat telefon masa tu. Huru-hara cuba menyiapkan agenda mesyuarat. Terdengar pula soalan tu dari mulut bos baru.

Berhenti sekejap dia dari kerjanya. Pandang orang tu yang tengah memandu.

"Iya, Mr. Ray."

Lelaki tu sungging sinis tanpa memandang dia.

"I hate mendicants."

Jadi sebab tu semua orang layan dia macam dia ni hamba abdi?

"Mr. Ray berdendam dengan saya bukan sebab saya kenakan Mr. Ray kat kafetaria tadi ke?" Dia beranikan diri bertanya.

Lelaki tu tayang muka berlagak aje. Senyum pun senyum angkuh.

"Orang miskin ni pemalas."

Baik... suhu badan dia meningkat bila dengar cemuhan macam tu.

"Nak bukti?" Lelaki tu memprovok lagi.

Tak tunggu jawapan dari dia, lelaki tu menyambung.

"Cuba tanya pada orang miskin. Kalau dia dapat sejuta ringgit, apa yang dia akan buat dengan duit tu?"

Aylin cuba mengimbas perbualan manusia-manusia dalam circle dia yang dalam golongan B40.

"Kalau mak ni kaya, tak adanya mak susah-susah pergi kerja lagi!" Itulah ayat yang selalu dia dengar.

Dia pandang lama ke wajah lelaki tu.

Tapi lelaki tu terus juga selamba.

"Cuba tanya pula pada orang kaya. Kalau diorang dapat sejuta ringgit, apa yang diorang akan buat dengan duit tu?"

"Saya tak ada kawan yang kaya, Mr. Ray." Aylin cuba bersopan dan tak membiarkan ketua dia ni bercakap sorang-sorang.

"Tak payah cakap. Saya dah tahu." Tup-tup itu pula yang orang tu balas.

Aylin senyap aje tahan perasaan.

"Orang kaya ni bila dia dapat sejuta ringgit, dia akan kerja lebih keras untuk jadi lebih kaya. See? Sangat besar beza dengan orang miskin. Jadinya jangan salahkan sayalah bila saya anti dengan orang-orang macam awak."

Kali ni Aylin ambil keputusan untuk senyap aje. Jadi burung belatuk. Angguk-angguk aje macam orang bodoh. Walaupun hati seratus peratus membangkang keras.

"Huh!" Ray dengan keangkuhannya tu lagi. Letak tangan kanan di bidai tingkap lalu menyeka rambut faux hawknya.

Tak tahulah apa yang panasnya dalam kereta yang berhawa dingin ni. Tapi lelaki ni memang nampak tak selesa sungguh sekarang ni. Sebab Aylin ada kat sini ke?

"Satu masa nanti, tolong kenalkan saya dengan parents awak. Saya ajar diorang cara nak jadi kaya. Jangan risau, saya takkan kenakan apa-apa caj. Saya tahu korang takkan mampu bayar pun." Lelaki tu angkat kening di hujung ayat.

Ikutkan hati, nak aje dia tempik kat telinga lelaki bongkak ni. Dia tak perlukan tunjuk ajar lelaki nilah! Dia rela hidup miskin daripada jadi kaya tapi lupa diri macam Ray dan keturunannya!

Macam doa Aylin didengari tuhan tu tanpa hijab, tiba-tiba sebuah Honda datang dari depan menuju ke arah kereta yang diorang naiki ni. Laju nak rempuh diorang.

Aylin menjerit. Tunduk dan tekup dua tangan ke telinga.

Audi A9 Mr. Ray membrek kecemasan. Jelas dengar bunyi tayar bergeser atas jalan raya. Dan kereta berpusing tak tahulah berapa ribu darjah.

Tak sampai sesaat lepas tersasar, dentuman kuat bergema satu alam. Beg udara meletup dari dashboard, dan tubuh Aylin dihentak oleh beg tu ke penyandar kerusi.

Jelas depan mata Aylin, Honda depan tu melambung dan berputar di udara sebelum jatuh menghempap bumbung Audi. Bumbung Audi ranap menghimpit dia dan Ray.

Berasap enjin Audi. Tak lama lepas tu api tiba-tiba marak.

Aylin mengerang. Dia tak dapat rasa kaki dia sekarang ni. Badan dia pun tak dapat bergerak langsung.

Menangis dia kat situ.

Dalam keadaan serba lumpuh tu, terdengar pintu pemandu dibuka. Dia menoleh.

Nampak Ray keluar. Peliknya, Ray langsung tak luka apa pun. Cuma nampak sedikit lemah berjalan.

Mulalah Aylin nak mempersoalkan keadilan tuhan. Sepatutnya Ray yang berada kat tempat dia sekarang! Ray yang angkuh sangat tadi.

Ray membuka pintu bahagian Aylin. Agak susah, sebab struktur bentuk pintu dah berubah dari yang asal. Dah remuk. Dah tak ada rupa pintu.

Ray terbatuk kecil. Dengan tenaga yang lebih kuat, dikerah membuka pintu Aylin. Dia tak boleh menunggu lebih lama, sebab api dah semakin marak.

Dia turun berlutut sebelah Aylin.

"Aylin. Can you move a bit?" Suara dia cuba bertahan dari rasa sakit. Lepas tu terbatuk lagi.

Aylin menggeleng dan esakan pun pecah.

Ray diam sekejap. Berfikir. Dicapai tangan Aylin yang berada di pangkuan tu, ditariknya lalu jari-jari yang halus tu dia genggam. Sejuk.

"Pergi dari sini, Mr. Ray. Api dah makin besar ni." Menangis.

Ray tak respons apa-apa pada permintaan tu. Ray cuma keluarkan sebilah pocket knife. Ditikam beg udara yang menghimpit Aylin.

Tapi malangnya ketebalan beg udara tu menjadikan usaha Ray sia-sia. Beg tak berganjak langsung dari tempatnya.

Ray kumpul tenaga lebih dalam. Dan dengan sepenuh kekuatan, dihentaknya pisau ke permukaan airbag.

Sekali lagi airbag mengalahkan kekuatannya. Bahkan kali ni, genggaman dia pula yang tergelincir sampai pisau membelah dengan dalam di tangan dia. Membuak-buak darah keluar. Terus dia lepaskan pisau tu.

Aylin makin menangis tengok darah yang melimpah-limpah tu. Dipejam matanya.

"Pergi, Mr. Ray..."

Ray tak respons apa-apa juga. Dia mengintai celah di bangku Aylin. Dia tarik satu tuas yang ada kat situ.

Lepas tu dia tolak kerusi Aylin ke belakang. Nasib dia baik sebab bangku tu tak sangkut.

Bahang dari api yang marak mula terasa di tubuhnya. Lagi dia percepatkan pergerakannya.

Bila dah ada ruang kecil antara Aylin dan beg udara, Ray terus capai bahu Aylin. Berhati-hati tarik, sampai Aylin terjatuh di atas pangkuannya. Dia lekas-lekas sambut. Peluk kelegaan jasad tu.

"Thank god!"

Tak tunggu lebih lama, dia angkat tubuh Aylin dan membawanya pergi dari situ.

Beberapa tapak dia melangkah, terdengar bunyi objek disambar dari Audi di belakangnya. Bila dia toleh ke belakang, nampak satu kereta tu pun dah terbakar.

Dia lepaskan satu nafas kecil. Nasib dia betul-betul baik. Kalau dia lambat sikit aje tadi, habislah Aylin.

Dia turun ke rumput. Letakkan Aylin kat situ.

Duduk di atas rumput, Aylin dah menangis tak ingat dunia dah. Nak pandang Audi yang terbakar tu pun perempuan ni tak sanggup. Dipeluk lututnya, sorok muka kat situ dan menangis lagi.

Ray faham. Perempuan ni trauma. Semua ni salah dia.

"It's okayAylin. Semuanya dah selamat." Suaranya rendah.

Dia tarik perempuan tu sampai kepala perempuan tu selamat bersandar di dadanya. Dia peluk perempuan tu.


~: DONE Part 2! :~

Thanks for spending your precious time here ^_^

Kindly leave your comment, pleaseeeeeee...

Thanks again!

See you on the next part!

0 861 komen:

Post a Comment

Assalamualaikum. Hai!
Terima kasih baca.
Cer komen sikit?