Pages

Sunday 9 May 2021

Cik B40 Dan Encik T20 (Bab 5)

 


PENSYARAH kata, boleh balik berehat kat rumah sewa dulu. Untuk semester ni dia akan dikira tangguh pengajian. Haih, maknanya semester depan tetap kena bayar yuran macam biasa. Duit lagiii...

Sejak-sejak dah jadi penanam anggur terhormat ni memang sokmo pun dia bangun lambat ajelah. Termenung fikir nasib. Fikir mana nak cekau duit. Nak cari kerja lain macam tak boleh. Sebab pensyarah kata hold dulu niat tu. Nak balik kampung pun pensyarah kata jangan dulu. Dia pun tak faham kenapa orang tu keluarkan perintah larangan yang pelik macam tu.

Tapi, oleh sebab dia ni anak murid yang baik, kan. Dia turutkan ajelah. Dia nak cuba percaya kat pensyarah dia.

Tengah-tengah dia mengenang nasib yang tragis tu, tetiba dengar bunyi hon kuat kat luar rumah.

Terkejut dia.

Bersama otak yang dikelilingi tanda soal terapung-apung kat sekeliling kepala, dia bangun dari perbaringan. Merangkak turun katil dan berjalan ke tingkap. Selak langsir.

Nampak ada sebuah bas persiaran berhenti depan rumah.

Macam ternampak dia memerhati dari dalam rumah ni, bas tu hon-hon kuat lagi.

Terus dia teringat yang dia sekarang ni baru bangun dari tidur. Kepala tak pakai tudung!

Zzap! Tutup balik langsir.

“Dah kenapa bas persiaran masuk taman ni? Salah rumah ke apa tu?”

Dia pergi balik ke katil.

Baru berhajat nak duduk, dah pintu biliknya diketuk-ketuk ganas orang dari luar. Sampai dahi dia pun berkerut. Macam hantu pula gaya orang tu mengetuk pintu. Banyak tangan! Padahal housemate dia ada sorang aje kat rumah sekarang ni. Yang lain semua pergi kerja.

“Aylin!” Suara-suara orang melaung dari luar bilik.

Aylin terkejut.

“Suara Kak Mona?” Dia salah dengar ke ni? Apa, meroyan dengan tempat kerja lama tu tak habis lagi. Tu yang dia still terdengar-dengar tu? Halusinasi?

“Cepat bukak pintu ni, dik!” Aik, suara-suara officemate kedengaran lagi. Kali ni lebih jelas. Dia boleh kesan dalam ramai-ramai tu ada suara Balqis, Alina dengan Wani.

Aik, biar betul?

Pelik tak pelik, halu tak halu, dia pun bangun jugaklah dari duduknya. Buka pintu.

Nah! Memang betul-betul terpacak depan dia empat akak senior tu.

“Aylin!!!”

Aylin lekas-lekas tutup mulut dengan tapak tangan. Muka pandang akak-akak tu dengan mata curiga.

Perbuatan dia tu buatkan akak-akak tu pelik.

“Kenapa cover mulut tu?”

“Saya belum gosok gigi. Baru bangun tidur. Ada apa korang datang sini ramai-ramai ni?”

Topik yang dikembalikan oleh Aylin tu buatkan akak-akak tu menjerit terkinja-kinja balik. Berkerumun diorang masuk bilik perempuan tu. Aylin sampai terundur bertapak-tapak ke belakang.

Tak minta izin Aylin, laju akak-akak tu conquer bilik tu. Sorang buka almari dan keluarkan pakaian-pakaian dan tudung Aylin. Sorang lagi intai bawah katil Aylin dan lepas tu terus tarik keluar sebuah luggage. Sorang lagi pula keluar ke bilik air dan mengambil perkakas mandi Aylin.

Terpinga-pinga Aylin pandang semua benda yang bergerak laju mengalahkan cahaya.

“Kenapa ni? Kenapa pack-pack barang ni? Ada apa ni?”

Pap! Tiba-tiba Kak Mona muncul dari belakang dan menepuk bahu Aylin.

Mr. Ray arahkan kitorang jemput kamu kat sini. Kita akan ada event tiga hari dua malam kat Langkawi. Nama event ni ialah...”

Family Day!” Ramai-ramai akak yang lain bersorak. Sambil tangan terus laju berkerja.

Lagi terpinga-pinga Aylin dengan berita yang tak tahu hujung pangkal ni. Dia garu-garu kepalanya yang rambut memang tengah serabai tu.

Lecturer kamu tak ada bagitau apa-apa ke? Hish, tak patut betullah. Padahal benda ni dia dengan Mr. Ray yang plan.” Kak Mona mulakan penerangan.

“Kamu still dikira student praktikal kat Luxoft Corporation tu la, Aylin. Tapi Mr. Ray bagi kamu cuti dua tiga minggu sebab nak bagi kamu tenangkan fikiran. So sebab tu pensyarah kamu tak bagi kamu cari kerja lain atau cuba balik kampung. Sebab nanti bila dah habis cuti, kamu tetap kena masuk kerja balik macam biasa.” Balqis sambut kenyataan Kak Mona dan bagi bola tanggung pada Wani.

Wani smash dengan Smash S keluaran Misbun Sidek. “Mr. Ray yang berminggu-minggu pujuk pensyarah kamu supaya biarkan kamu terus kerja dengan dia. Mr. Ray beria-ia minta maaf sebab melulu pecat kamu.”

Dan Alina pun menyudahkan smash! “Jadi kamu jangan cakap lagi pasal nak berhenti kerja!”

Dah tak tahan sangat dengan kebingungan yang maha kelam-kabut ni, sudahnya Aylin menjerit.

Habis terhenti kerja akak-akak tu semua. Krik-krik satu bilik.

Aylin pergi dekat Balqis lalu mengeluarkan balik kain bajunya dari luggage. Disumbat balik masuk almari. Lepas tu ambil luggage dan simpan balik bawah katil. Lepas tu baru dia pandang akak-akak tu bergilir-gilir.

“Tak payah tipu saya. Saya dah tak ada kena-mengena dengan company tu. Pensyarah saya sendiri yang sahkan. Semester ni saya dikira tangguh pengajian.”

Akak-akak tu tergelak serentak. Masing-masing letak tangan kat pinggang.

Aylin blur-blur.

Akak-akak tu, kecuali Kak Mona, semua diorang dapatkan Aylin. Pegang tangan Aylin kuat-kuat. Sampai Aylin tak boleh bergerak ke mana.

Plan F, kak! Cepat!” Diorang laung seiring sejalan pada Kak Mona.

Kak Mona pun tak tunggu apa lagi. Dikeluarkan balik luggage Aylin. Buka balik pintu almari dan ambil balik pakaian-pakaian tadi. Dimasukkan dalam luggage.

Kali ni Aylin tak boleh bergerak. Sebab akak-akak tu semua dah pegang kuat tubuhnya. Dia cuba lawan, dan genggaman diorang pun jadi lagi kuat pada tubuhnya. Argh... nampaknya diorang memang dah rancang rapi semua ni. Siap ada Plan F bagai. Oh, tidak!

Selesai menguruskan kain baju dan barang-barang peribadi Aylin, diorang pakaikan pula tudung sarung kat kepala Aylin. Baju kelawar kat badan Aylin tu diorang tak tukar pun. Diorang cuma sarungkan cardigan aje kat luar baju kelawar yang labuh tu. Pastu sembur-sembur minyak wangi kat satu badan perempuan tu.

“Dah. Siap. Jom.”

Makanya diorang pun heretlah Aylin keluar dari bilik tu. Semangat, macam tentera semut nak pergi berperang dengan gajah.

Berkawad diorang tengah-tengah alam tu dengan diketuai oleh Kak Mona. Sumpah malu gila Aylin dekat jiran-jiran yang pandang babak penuh patriotaik tu. Rasa nak aje sumbat muka masuk luggage.

Diorang simpan luggage dia dalam compartment bawah bas. Lepas tu diorang tolak dia naik bas.

Orang pertama yang Aylin cari adalah Mr. Ray. Terliar-liar matanya ke seluruh isi bas.

Jumpa.

Orang tu duduk kat kerusi paling belakang. Tengah membaca kat iPad. Ini kali pertama dia nampak orang tu berkaca mata dan kepala bertutup cap. Nampak macho. Dan konsentrasi orang tu seratus peratus pada dunia sendiri. Macam tak ada apa-apa jadi pun kat dalam bas ni.

Padahal akak-akak yang kepochi tu bukan main lagi havoc. Dan staf-staf lain pun bukan main kecoh lagi bersorak bila tengok dia berjaya diheret naik ke atas bas ni. Sampai bergoyang-goyang bas tu diorang kerjakan. Siap ada yang bergelek-gelek lagu Ya Habibi Ya Ali Baba la pulak. Mahu tak huru-hara.

Tapi Mr. Ray langsung tak peduli dengan aktiviti anak buah dia tu.

“Aylin duduk sebelah Mr. Ray!” Kak Mona cepat-cepat cup satu-satunya bangku yang kosong dalam bas tu. Duduk situ.

Hoyeah!” Kama julang tangan ke udara.

“Banyak yang Mr. Ray nak sembangkan dengan kau, dik. Pergilah.”

Anak mata Aylin berusaha mencari-cari kerusi lain yang kosong. Tapi nampaknya semua kerusi dah penuh. Betul-betul sebelah Mr. Ray aje yang kosong. Pandai betul akak-akak kepochi tu atur plan.

Teragak-agak Aylin menapak. Orang lain semua pandang aje sambil tersenyum-senyum.

Sampai kat sebelah lelaki tu, dengan berat hati juga Aylin labuhkan duduk.

Sunyi.

Aylin tanggalkan beg silang dari badannya. Selit dalam compartment kerusi depan. Lepas tu dia selesakan duduk kat bangku. Lepas tu bersandar. Pandang depan.

Masih sunyi.

Awkward...

Dia pejam mata sudahnya. Nak cuba tidur. Ini ajelah sudahnya. Dah tak tahu sangat nak buat apa.


===================

 

“AYLIN. Oh, dik.” Dapat rasa ada orang tepuk-tepuk lembut tangan dia.

Mata dia layu terbuka suku-suku. Baru terjaga dari tidur.

Nampak Kak Mona depan mata tengah berusaha mengejutkan dia.

Dia pun buka mata lebih luas. Terpisat-pisat.

“Dah sampai, eh?” Suara garau.

Akak tu angguk. Dan lepas tu bagitau benda yang lebih penting.

“Bangun, dik. Mr. Ray tak boleh nak bergerak tu.”

Hah! Terus dia teringat pasal lelaki tu. Dan waktu tulah baru dia tersedar kat mana tempat dia tengah elok bersandar ni. Terus dia tersedar pada satu aroma perfume yang cukup dia kenal. Lalu mata dia pun lintang-pukang menjeling ‘bantal’ yang kemain sedap kepala dia parking ni.

Nampak kameja merah tak berbutang, bersama t-shirt putih di dalam kameja tu.

Jeling atas lagi.

Kaca mata bertengkek di atas batang hidung yang mancung.

Jeling atas lagi!

Cap Adidas warna merah menyala di atas kepala. Dia dekat atas bahu orang tu!

Tersentak.

Gelabah kerbau dia melompat bangun. Terus berdiri. Telan liur. Dia sapu-sapu air liur basi kat tepi bibir. Kecut perut.

Masa ni satu bas tu dah kosong pun. Tinggal diorang bertiga aje. Orang lain semua dah turun dari bas.

Mr. Ray masih bersandar kat kerusi. Tapi masa tu la baru tangan orang tu menutup buku yang tengah dibaca. Agaknya sambil-sambil menunggu dia bangun tadi, orang tu isi masa dengan amalan membaca. Walaweh, teruknya kau, Aylin!

Situ juga Aylin turun berbongkok sembilan puluh darjah.

“Minta maaf, Mr. Ray!”

Lepas tu tanpa pandang muka orang tu yang sememangnya tanpa riak tu, dia berpaling pandang Kak Mona. Sambar tangan orang tu. Lepas tu menggelupur dia heret orang tu dan buka langkah seribu. Malunya... Malunya! Dia tampar-tampar pipi sendiri.

Dia punyalah kelam-kabut, waktu turun bas pun dia sampai tersalah pijak. Apa lagi, memang terpelecok jam tu jugalah.

“Mak!!!”

Mujur Kak Mona kat belakang sempat peluk pinggang dia dari belakang. Daripada posisi yang nyaris tersembam mencium lantai parkir, dia berjaya ditarik sampai berdiri tegak balik.

Thanks, akak.” Mengah-mengah tu Aylin tepuk-tepuk tangan Kak Mona yang berlingkar kat pinggang dia. Sengih kelegaan.

You’re welcome, but no akak.” Tup-tup dengar suara Mr. Ray yang rapat kat belakang telinga dia.

Terlopong dia. Lekas-lekas toleh belakang.

Mr. Ray betul-betul kat belakang dia, cuma tayang muka tak ada perasaan. Dan...

Klik! Tiba-tiba pulak la pun boleh mencelah bunyi flash kamera.

“Wahhh... Titanic versi 2018!” Engineering Department’s Manager selamba cekodok duk rakam babak yang acah-acah epik tu.

Mr. Ray mengeluh bosan. Lepaskan macam tu aje pinggang Aylin. Sampai Aylin jadi hilang imbangan sikit. Cepat-cepat perempuan tu paut palang di pintu bas.

Mr. Ray tak pedulikan perempuan tu dah. Cuma turun bas dan berlalu ke compartment bawah bas dan mengambil luggage kepunyaannya. Lepas tu melangkah tinggalkan tempat tu.

Waktu melintasi encik manager yang masih mahu mengambil gambar, Mr. Ray bagi satu amaran keras.

Delete it or you will regret it.”

 

~: DONE Part 5! :~

Thanks for spending your precious time here ^_^

Kindly leave your comment, pleaseeeeeee...

Thanks again!

See you on the next part!

0 861 komen:

Post a Comment

Assalamualaikum. Hai!
Terima kasih baca.
Cer komen sikit?