Pages

Saturday 1 May 2021

Cik B40 Dan Encik T20 (BAB 1)

NAMA dia Mas Aylin dan dia tak pernah terfikir yang keamanan hidup dia akan berakhir hari ini.

Pagi tu dia ke tempat kerja macam biasa. Oh, sebelum tu. Dia ni budak praktikal yang tengah buat internship kat sebuah syarikat software developer. Budak kampung macam dia ni memang normal la kalau kena buli sana sikit sini sikit. Lagi-lagi dengan kakak abang kepochi kat corporation ni. Kena buat kerja-kerja yang bukan dalam job scope dia.

Tapi dia still okey lagi dengan semua tu. Prinsip hidup dia,

"Gogo, budak kampung! Kita mesti optimis! Hmph!" Genggam buku lima dan julang ke udara.

So kembali berbalik pada kejadian yang merenggut dia punya rasa nak hidup tu.

Ulang balik statement kat atas tadi... Pagi tu dia sampai kat ofis macam biasa. Suasana pun harmoni aje pagi tu. Dia pun macam biasa, bersemangat memulakan hari ketujuh sebagai budak praktikal kat company tu. Dia senyum telinga ke telinga, sampailah tiba-tiba tangan dia disambar seseorang dari belakang. Dia dengan kening double jerknya pun menoleh.

"Ai! Kamu kena tolong akak, Ai!" Kak Mona a.k.a janda beranak satu dengan tak bagi salamnya terus masuk ke topik utama.

"Kenapa ni, kak?" Aylin dah tentulah cuba faham tebiat akak ni.

Kak Mona tak boleh nak bercakap. Tak boleh bertenang. Nak bernafas pun macam tak cukup besar dah lubang hidungnya tu.

Ditariknya tangan Aylin.

"Eh, eh. Nak bawa saya pergi mana ni, kak?"

"Ai kena tolong akak!!!" Hah, ambik. Satu aras macam terkena gempa bumi. Pagi-pagi lagi dah huru-hara.

Kak Mona tak boleh nak sebut perkataan lain dah sekarang ni. Otak tak boleh nak cerna.

Lalu ditariknya lagi kuat tangan Aylin. Terheret kawan tu dengan terpaksa rela.

Yang Aylin pula, bila tengok macam ni punya kelam-kabut akak kerani ni, mulalah kepala otak dia pun start main puzzle.

Dia memang biasa dah kena suruh tolong itu tolong ini kat dalam ofis ni. Tapi selama ni tahap kuli plus hamba abdi yang disandangnya tu tak pernah lagi sampai ke darjah lintang-pukang yang macam sekarang ni. Gaya Kak Mona ni macam ada bencana besar nak jadi. Aylin pulak la yang cemas tak agak-agak.

"Ai ingat lagi tak pasal scandal akak yang akak cerita kat Ai minggu lepas?" Tengah-tengah jalan tu barulah sel-sel Broca dalam otak Kak Mona dapat cari perkataan. Kak Mona cuba terangkan maksud gelabah biawak dia tu dekat budak praktikal ni.

Aylin ingat-ingat balik topik perbualan dengan Kak Mona ni minggu lepas. Masa hari dia masuk lapor diri lagi Kak Mona dah sebut pasal diri Kak Mona yang janda dan sekarang tengah berhubungan gelap dengan laki orang.

"Ingat. Kenapa?"

"Semalam dia nyaris nak rogol akak!"

"Hah?!" Aylin menganga.

"Hah!"

"Dah tu kenapa akak tarik saya ni? Takkan akak nak suruh saya pula yang pergi rogol scandal akak tu?" Naif gila budak ni bertanya.

Dah tu, tak sempat Kak Mona jawab, Aylin dah tambah dulu dengan pot-pet benda tak tahu hujung pangkal.

"Dia dah bersunat ke belum? Kenapa saya rasa macam belum? Soalnya, kalau dia dah bersunat, dia takkan sarung underwear kat kepala. Akak boleh nampak ke dia pakai underwear warna apa semalam?"

Tak pasal-pasal Kak Mona tepuk dahi. Pasrah aku dengan budak ni!

Sampai kat depan lift, Kak Mona berhenti berjalan dan pusing hadap Aylin. Muka dah berpeluh. Nafas dah tercungap-cungap.

"Dengar ni baik-baik, Ai." Dipegang dua lengan Aylin penuh harap.

"Okey, memang dari tadi pun saya dengar." Dasar pembaris!

Kak Mona malas nak layan Aylin punya sifat ke-pembaris-an yang sangat-sangat cemerlang tu. Kak Mona terus terangkan aje gerak kerja yang patut budak ni buat pagi ni.

"Scandal akak tu kata, dia tengah on the way ke sini. Sekarang ni dia dah ada dalam lift pun."

Aylin yang tengah kerut-kerut dahi tu jadi semakin keliru dengan ayat Kak Mona tu. Tak pasal-pasal dopamin dia tersebar dengan banyaknya. Curiousity kills the cat, kawan-kawan.

"Dia nak rogol akak kat sini?"

"Ya Allah!" Rasa macam nak meroyan aje Kak Mona kalau bercakap dengan budak tak betul ni. Tapi dia tahan aje dulu semua niat tu. Dia betul-betul harap pertolongan budak ni sekarang ni.

"Ai ada black belt dalam taekwando, kan?"

"Ada." Angguk versi burung belatuk.

"Akak nak Ai belasah mamat tu!"

"Eh, mana boleh." Budak tu terkejut.

"Kenapa pula?"

"Saya mana boleh suka-suka hati belasah orang. Boleh kena jail nanti." Nampaknya dalam lurus-lurus dan naif budak ni, ada jugak yang bijaknya. Budak ni tak senang-senang nak menurut perintah.

Mengongoi Kak Mona kerisauan. Raup-raup muka. Lepas tu dia letak pula tangan kat pinggang. Fikir-fikir dengan gelisahnya.

Ting!

Tengah-tengah babak cemas tu pulak la pintu lift terbuka. Itu tandanya manusia yang tak diingini tu dah pun sampai kat sini. Makinlah Kak Mona ketakutan. Dipejam matanya kejap-kejap. Gigit bibir bawah. Tolonglah, ya tuhan... tolonglah...

"HiGood morning!" Tup-tup terdengar suara Aylin menyapa seseorang di belakang sana. Aylin dah pergi dekat orang tu!

Kak Mona buka mata. Lekas-lekas menyorok sebalik tiang. Lepas tu curi-curi intai keadaan di depan lift sana.

Nampak Aylin tengah menghulurkan tangan untuk bersalam dengan seorang lelaki. Lelaki yang bersut pejabat lengkap bertali leher maroon. Memang lelaki tu sorang aje pun yang keluar dari lift.

Sepatutnya Kak Mona bersyukur sebab Aylin dah menolong encik skandal beralih perhatian dari dia

Sepatutnya Kak Mona bersyukur sebab Aylin dah menolong encik skandal beralih perhatian dari dia. Tapi waktu tu bila dia terpandang aje raut wajah lelaki tu...

"Oh my god!" Situ juga terbeliak mata Kak Mona. Jatuh terperosok kat celah dinding. Aylin salah orang!

Bukan lelaki tu, weh!

"Ai!" panggil Kak Mona.

"Ai! Kamu salah oranglah! Hoi!"

Tapi Aylin tak dengar. Mungkin sebab suara Kak Mona yang terlampau takut-takut sampai jadi macam berbisik.

Lagi gelabah Kak Mona bila tengok Aylin dan lelaki tu masuk balik ke dalam lift. Tak sanggup Kak Mona nak tengok lagi pemandangan tragis tu. Matilah kau, Ai! Matilah kau!

Kak Mona high five dahi ke dinding berkali-kali. Menangis tak keluar ayaq mato.

*******_*******

AYLIN perhati atas bawah lelaki depan dia ni. Kepala ligat buat proses penilaian. Mata bergerak macam mesin scanner. Habis dibelek hujung rambut ke hujung kaki mamat tu.

Rupa kacak maut. Rambut gaya pacak. Hidung terletak. Bibir seksi. Ada jambang nipis.

Apa lagi? Biseps terbentuk cantik. Dada bidang. Sasa. Perempuan tengok, rasa macam nak aje rebahkan kepala kat dada tu. Jam tu, kalau tengah gempa bumi pun, sekali aje lelaki ni peluk, terus hilang semua ketakutan.

Apa lagi? Tinggi? Aylin kena pijak dua anak tangga dulu untuk sama tinggi dengan lelaki ni. Waktu turun ke sini tadi dia dah check siap-siap.

Tapi sayang... perogol. Padahal dah kahwin. Anak berderet pulak tu.

Aylin peluk tubuh. Muka serius. Marah ni!

Suka ke tak suka ke, pagi ni juga dia mesti settlekan mamat ni. Yeah! Hidup Kak Mona!

Lalu Aylin pun menanggalkan muka dendamnya tu. Dipakai muka serius. Senyum menggoda persis black widow yang sedang mencari mangsa.

"Nama I Mas Aylin. Asal nama I ni... datang daripada perkataan Malaysia Airlines. Sebab dulu masa lahirkan I, mak I contraction waktu kat dalam kapal terbang Malaysia Airlines. So nama you pulak apa?" sapanya dengan nada acah-acah perempuan hot. Dihulur tangan pada orang tu untuk bersalam.

Lelaki tu pada asalnya tengah mengetuk-ngetuk perlahan jari ke meja. Pandangan terlegar-legar ke sekitar. Soalan tu buatkan lelaki tu menoleh pada Aylin. Pandang sekejap tangan Aylin yang menghulur salam tu, lepas tu mata naik balik ke mata Aylin.

Lelaki tu letak tangan di dada kiri lalu senyum nipis.

"Selamat berkenalan."

Oh, tak salam perempuan? Terangkat kening Aylin. Menarik nih. Tak salam perempuan tapi perogol.

Okey, tak apa!

"So you buat apa kat sini? Sini bukan tempat kerja you, kan?"

Lelaki tu kerut dahi sikit. Macam pelik dengan perempuan ni.

"Kenapa pula bukan tempat kerja I?"

Aylin gelak. Tepuk-tepuk tangan dengan sangat divanya. Nampaknya dia semakin menjiwai watak. Bravo sangat ni.

"You ingat I tak tahu? You tu perogol bersiri! Kalau I report you pada polis, alamatnya akan jadi macam black hole la masa depan you. Hitam legam!" Ketap gigi.

"Excuse me?" Lelaki tu angkat sebelah kening. Situ aje dah jelas tunjuk yang lelaki tu tak suka dengan tuduhan lancang ni.

Aylin merengus berlagak. Jeling lelaki tu.

"You tak payah nak buat-buat macam you tu bagus sangat, okey? Semua pekerja kat sini, semua I dah kenal. Termasuklah bos baru yang akan datang wisma ni kejap lagi. Dia pewaris tunggal Tan Sri Raja Izuddin Shah dengan Puan Sri Raja Zaharah. Tengku Azraie Shah a.k.a Mr. Ray! Hah, apa lagi yang you nak tahu? Semua I boleh cerita, okey? So you ni siapa pula? Tak pernah pun nampak muka you kat sini. Huh?"

Lelaki tu senyum sikit. Sarkastik.

"Are you sure you know everyone who works here?"

"Of course!" Tetiba Aylin tepuk meja. Kuat kemain. Bergema satu kafeteria.

Orang-orang sekitar dah start tertoleh-toleh ke situ.

Aylin bangun dari sandaran. Tunjuk muka menakutkan pula untuk lelaki ni. Konon dia ni ahli sihir terkemuka abad ini. Konon dia nak takut-takutkan lelaki ni.

"Walaupun I ni budak praktikal aje kat sini, and baru seminggu kerja kat sini, tapi pengetahuan I terhadap company ni jauh lebih mendalam daripada Si Ray bermuka tak siap tu. Dia tu cuma menumpang kekayaan mak bapak dia. Kalau I ada parents kaya macam tu, sure I akan jadi lebih hebat daripada dia!"

Lelaki tu jeling Aylin. Tergeleng-geleng. Jauh sangat minah ni tersesat. Kena dicentrekan balik otak tu sebelum makin banyak skru tertanggal.

Tapi Aylin, perempuan ni tak peduli maksud pandangan orang tu.

"Sekarang you pilih. Nak buat permohonan maaf secara terbuka? Atau nak I ajar you cukup-cukup. Mana satu?"

Lelaki ni nampak macam malas dah nak layan. Senyum mengejek aje di tempatnya. Geleng-geleng kepala lagi. Mengeluh panjang. Mata dilempar ke luar kafeteria. Tengok jalan raya lagi senang hati.

Aylin menghampiri lelaki tu.

"Tak nak minta maaf? Okey, secara tak langsung you dah memilih untuk diajar oleh I. So sekarang you kena pilih. Mana satu duit syiling yang original?" Diangkat dua telapak tangannya dari meja, lalu terkeluarlah dua keping syiling sepuluh sen dari celah jari-jarinya.

Wah, magic! Menarik!

"Belah kiri." Lelaki tu menjawab malas.

Perempuan tu gelak sambil menggeleng-geleng. Jari pun gerak-gerak kiri kanan berulang kali.

"Nehi, nehi, nehi... Tekaan you salah! Nak tahu jawapan yang sebetulnya?"

Lelaki tu layan aje budak tak betul ni. Nak cepat habis conversation ni. Angguk aje.

Alih-alih...

Pang! Pang!

Tak ada angin tak ada ribut, dua-dua tangan Aylin melempang muka lelaki tu. Seiring dengan tu, satu kafeteria pun sekali lagi bergegar kuat. Kali ni dengan gelak besar seorang 'ahli sihir'. Perempuan tu letak dua tangan kat pinggang. Dan gelak makin beria.

Terkejut lelaki tu ditempeleng macam tu rupa kat tengah-tengah orang ramai ni. Makin tak faham dia pandang perempuan ni. Macam mintak maki aje minah depan dia ni?

Sekali lagi perempuan tu buat magic. Keluarkan syiling sepuluh sen tadi dari celah-celah jarinya, lepas tu dihempas ke atas meja. Hempas keras!

Mata membulat tenung lelaki tu. Muka semangat.

"I hadiahkan you duit seposen ni..." Kat sini suara perempuan tu separuh bisik. Tapi ayat sambungannya disudahkan dengan jeritan! "Sebagai tangkal supaya you berhenti jadi perogol!"

Satu kafeteria tu krik-krik dengan ayat yang dituturkannya ni. Semua pandang ke sini, lepas tu mula berbisik sesama sendiri.

Puas hati Aylin! Memang ini yang dia nak pun.

"ITULAH BALASAN MEROGOL JANDA... HAHAHAHA!" Perempuan tu berlalu dari situ bersama gelak hudohnya. Masih juga bercekak pinggang. Kononnya dia baru selesaikan satu kes besar. Kononnya masalah negara pun tak sepenting masalah yang dia baru selesaikan ni.

Tengah-tengah jalan sebelum masuk lift, terdengar perempuan tu laung,

"Hidup Kak Mona!" Tangan julang buku lima ke udara.


*******_*******


"MISSION accomplished!" umum si Aylin sambil menghempas duduknya di kerusi. Muka berlagak. Disapu-sapu tapak tangannya. Over confident.

Kak Mona kat sebelahnya ni dah nampak macam tak bernyawa dah masa tu. Nak menoleh pada Aylin pun macam tak sanggup.

"Silakan bayar gaji saya, kak. Hari ni saya dah selamatkan akak. Sekurang-kurangnya untuk seminggu dua ni, biar akak pula yang jadi tukang serve untuk saya. Layan makan minum saya kat ofis ni, then tolong fotostatkan kertas-kertas yang diorang semua suka suruh saya fotostat, then buatkan kopi setiap pagi untuk department managerthen..." Bla-bla-bla... panjang lagi yang perempuan ni bebelkan. Tapi Kak Mona dah tak boleh tahan berdiam diri. Dipintasnya.

"Ai buat apa aje tadi dekat that guy?"

Aylin berhenti membebel. Ingat-ingat sekejap babak tu di dalam otaknya, lepas tu dituturkan pada pendengaran Kak Mona.

"Saya malukan dia kat depan semua staf yang ada kat kafe tadi, siap dengan pakej tempeleng Jepun dua das. Fuyoo... dahsyat, kan?" Dipandang dua tangannya yang dah berjasa besar tu. Muka bersinar-sinar macam baru lepas tertelan lampu kelip-kelip.

"Kita dah salah orang sebenarnya, Ai." Suara akak tu kecil macam ketakutan.

Ai diam kejap mendengar pengumuman rasmi tu. Kelip-kelip mata sekejap untuk loading. Lepas tu baru dia toleh ke Kak Mona dengan muka senyum. Masih tak dapat hadam.

"What do you meankak?"

Kak Mona telan liur dulu.

"Yang Ai belasah tadi tu, itu bukan skandal akak."

Muka senyum, kini susut. Bertukar jadi muka curiousity membunuh kucing.

Kak Mona telan liur lagi. Lagi susah dari tadi.

"Lelaki yang Ai belasah tadi... dialah Mr. Ray, bos baru kita."

Nyaris Ai nak jatuh kerusi.

"What?" Menganga dengan mata bulat pandang Kak Mona.

"Betul ke ni, kak?" Dia baru dapat hadam yang hidup dia baru aje hancur. Cemas kat situ juga.

Dicapainya tangan Kak Mona. Digoncang-goncangnya sambil rasa nak teriak. Tak boleh terima hakikat.

Kak Mona mengangguk. Mata jatuh ke lantai. Tak berani nak pandang dia yang kecewa tahap rasa nak pancung tengkuk sendiri.

Waktu tu, pintu utama Engineering Department tu terbuka luas.

"Morningeveryone!" Department Manager sapa semua staf.

Tapi Ai dah tak dengar laungan tu. Mulut nganga masih belum terkatup. Mata tak berkedip. Dipandang dua tapak tangannya yang tadi dah 'berjasa' besar tu. Dia telan segumpal liur. Gulp!

Boleh bayangkan betapa ngerinya masa depan dia untuk tempoh enam bulan lepas ni, dia jatuh terlungkup atas meja. Kenang nasib dan masih tak boleh terima hakikat.

"Apa kau dah buat ni, Ai?" Berkali-kali berzikir guna ayat tu.

Masa tu, cubicle hall tu jadi sibuk sikit bila staf-staf dari department lain turut memasuki pejabat ni. Penuh aras tu dengan dua ratus manusia.

Ai masih tenggelam dengan dunianya. Meratapi nasib. Tangan yang kononnya berjasa tadi, dia pandang lama. Lama-kelamaan, dia terpaksa terima hakikat yang tangan dia ni baru aje memusnahkan segala ketenangan dia kat company ni.

Berkali-kali tangan tu menampar muka sendiri. Menangis tak berayaq mato.

"Okey, semua. Macam yang kita semua sebut-sebutkan sebelum ni, hari ni CEO baru Luxoft Corporation datang berjumpa kita di sini." Department Manager meminta semua orang bagi perhatian ke dia.

"Jadi... ya, tanpa berlengah lagi, kita minta Mr. Tengku Azraie Shah menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan."

"Ai, Ai." Kak Mona kat sebelah menggoncang-goncang bahu Ai sambil suara separuh bisik.

"Bangun, weh."

Aylin tak berdegil. Dia tahu kalau dia melawan, masa depannya akan jadi lebih kejam. Gila kau, tak bagi perhatian waktu CEO bercakap kat depan. Silap hari bulan, kena buang kerja terus. Hah, mereputlah kau kena extend sem, Aylin. Nak ke?

"Oh... No, no, no, no, no. Mintak simpang, mintak simpang." Dia urut-urut dada.

Lalu dia pun bangun. Angkat kepala dan betul-betulkan tudung.

Dilontarkan pandang ke depan. Pada manusia paling tinggi dalam pejabat tu.

Tapi, entah macam mana, dan-dan waktu dia pandang orang tu, tengok-tengok orang tu memang dah siap tenung dia

Tapi, entah macam mana, dan-dan waktu dia pandang orang tu, tengok-tengok orang tu memang dah siap tenung dia. Tenung tajam penuh dendam. Menyala sangat sinar tu kat mata orang tu!

Dia punya terkejut masa tu, macam jantung kat dalam ni pergi buat konsert rock!

Terlompat dia pun. Kali ni betul-betul dia jatuh kerusi!

Gedegang bunyi objek besar jatuh. Staf-staf lain sampai tertoleh ke sini.

Ai cepat-cepat menyorok bawah meja. Kecilkan diri kat situ, peluk lutut dan kemam bibir ketat-ketat. Menggeleng beribu kali dia kat bawah tu. GodHelp me!

Kak Mona tunduk mengintai dia.

"Ai?"

Aylin lekap tapak tangan bersama dan buat isyarat merayu.

"Shuhh, akak.... Shuhh... Jangan pandang sini..."

Tak sempat jauh pun dia rasakan penderitaan ni, dah ditambah pula dengan kesengsaraan yang lebih kejam. Dia dapat dengar bunyi derap tapak kasut lelaki menghala ke arah ini. Dia pejam mata rapat-rapat.

Tak lama, terasa lelaki tu tiba di sini.

Aylin takut-takut membuka mata.

Nampak lelaki bersut korporat maroon tengah berdiri dengan dua tangan berada dalam poket slek.

Bagaikan sengaja menambah lagi dia punya rasa nak gantung diri tu, lelaki tu turun berlutut depan dia. Senyum versi pencair hati. Hulur tangan pada dia.

"Nama saya Airul Asha, sebab masa nak lahirkan saya dulu, mak saya contraction masa tengah kat dalam kapal terbang Air Asia. Selamat berkenalan."

Nak menangis Aylin dengar lelaki tu menganjing. Makkkk... apa nak buat ni!

"Well... Tak sudi berkenalan dengan saya?" Lelaki tu hulur tangan lagi bila dia tak menyambut-nyambut.

Aylin tak tahu patut buat apa dalam situasi genting macam ni. Dia tahu lelaki ni jenis yang tak salam perempuan. Jadi dia tak faham kenapa lelaki ni mesti hulur tangan macam ni.

Tapi dalam diam-diam dia tu, dia tak nak buat kesabaran lelaki ni jadi lebih tercabar. Lalu dia pun terketar-ketar menyambut tangan orang tu.

Tapi belum sempat kulitnya menyentuh tangan lelaki tu, tiba-tiba lelaki tu mengelak dan dalam sekelip mata, keluar sekeping kertas dari celah-celah jari. Kembali hulur tangan pada dia. Nah, sekali lagi menganjing dia. Trick magic syiling seposen kat kafeteria tadi.

Dia makin terketar. Ambil kepingan kertas dari celah jari orang tu. Dia baca.

Welcome to the world war three!

Itu ayat yang tertulis kat kertas tu! Itu! Lelaki tu mengisytiharkan perang terhadap dia. Habislah masa depan dia!

Lagilah Aylin rasa nak menangis. Makkk!!!


~: DONE Part 1! :~

Thanks for spending your precious time here ^_^

Kindly leave your comment, pleaseeeeeee...

Thanks again!

See you on the next part!

0 861 komen:

Post a Comment

Assalamualaikum. Hai!
Terima kasih baca.
Cer komen sikit?