Pages

Thursday 6 May 2021

Cik B40 Dan Encik T20 (Bab 4)




MESYUARAT tergempar.

Sebab kerajaan baru umumkan satu lagi tender baru untuk direbut. Kali ni projek yang lagi besar. Melibatkan KLIA 1 dan KLIA 2. Dan tender kali ni bernilai RM1 bilion. Jauh lagi gah daripada tender yang itu hari.

Dan tarikh tutup tender tu adalah esok. Last minute sangat. Maknanya, suka ke tak suka ke, kalau nak cuba tangkap tender tu, diorang mesti siapkan juga tak kiralah rasa nak menangis ke meraung ke.

Makanya untuk pertama kali dalam sejarah, malam ni staf-staf semua diarahkan stayback kat ofis.

Suasana sangat hectic masa tu. Budak delivery bergilir-gilir keluar masuk duk hantar Domino, Pizza, KFC, McDonald apa semua. Staf-staf pun berjalan laju belaka. Kekadang siap berlari terus.

Tiba-tiba ada antara diorang yang perasan, aircond tak berfungsi.

Kebetulan malam tu Aylin pun turun sekali berkerja kat Jabatan Kejuruteraan tu, memang dia ajelah yang akak-akak dengan abang-abang tu nampak.

“Aylin, tolong turun kat basement floor kejap. Masuk bilik suis, cek suis aircond. Aircond mati ni.” Akak permanent staff laung dari meja kerja. Jari-jari laju berketak-keletung tekan papan kekunci. Mata tak alih dari skrin komputer.

“Rasanya suis jatuh lagi ni.” Abang permanent staff berhenti menaip lalu bersandar di backrest dan menggeliat. Lepas tu menguap pula. Lepas tu pandang Aylin yang tengah sibuk menggunakan mesin fotokopi.

Atas meja berdekatan Aylin, bertimbun kertas A3 yang baru siap diprint. Kertas-kertas tu memang kakak dengan abang senior yang tugaskan dia print. Sebab semua tu dokumen penting yang mesti dimasukkan dalam tender.

Tak cukup tangan betul Aylin dibuatnya malam ni. Terkejar-kejar antara nak ikut arahan kakak-abang senior, dengan nak menyiapkan kerja sendiri yang tak sudah-sudah terbengkalai. Tadi diorang suruh dia bancuh kopi dan hantar pada seorang demi seorang staf yang ada. Lepas tu suruh dia cuci toilet. Ni suruh pergi cek suis pula. Apoooo.

Aylin kesat dahi yang berpeluh. Memang agak panas malam ni. Memang betul aircond tak berfungsi kut ni.

Tak banyak soal jawab, Aylin pun meninggalkan sekejap mesin photostat yang tengah rancak beroperasi tu. Bergegas keluar dari jabatan tu dan dapatkan lif.

“Mesti petik suis warna oren aje tau, Ai! Be careful, bilik tu banyak suis. Salah petik, habis black out satu bangunan.” Kakak permanent sempat bagi pesanan terakhir sebelum dia menghilang ke dalam lif.

Aylin angguk aje. Tak banyak cakap.

Sampai kat tingkat basement. Aras yang juga menempatkan kawasan parkir kereta. Aylin tuju bilik suis.

Buka aje pintu, memang menganga juga dia sekejap tengok betapa banyaknya suis. Bayangkan ajelah, suis untuk semua peralatan elektrik yang ada dalam bangunan setinggi tiga puluh tingkat ni. Semua berkumpul dalam bilik ni.

Wayar dan cable bermacam-macam warna saling berselirat memenuhi lantai dan bermacam-macam modem elektrik.

Berhati-hati Aylin masuk bilik tu. Nak pijak lantai pun terpaksa tengok dulu betul-betul. Takut terpijak wayar yang tersangat-sangat sensitif sifatnya.

Lepas jenuh melompat, mengelak, melangkah dan mengiring, akhirnya dia sampai kat satu peti besar yang terkandung segala suis. Dia buka lid peti tu.

Nah... macam-macam warna suis ada.

Aylin tak tunggu lagi. Kerja dia tengah menggunung ni. Dia nak cepat.

Tak buang masa langsung, dipetik semua suis yang berwarna oren.

Tapi tanpa dia sedar, pencahayaan bilik tu menjadikan mata dia tersalah tengok. Suis berwarna merah muda dan oren nampak macam lebih kurang. Aylin terpetik sekali suis tu.

Plup!

Bilik tu gelap tiba-tiba. Serentak tu juga, dia dengar satu bangunan tu bergegar dengan suara-suara manusia menjerit.

Aylin terkejut. Sah... sah satu bangunan dah black out!

Kelam-kabut dia keluarkan telefon pintar. Hidupkan torchlight dan suluh pada peti besar. Menggelabah dia petik-petik balik semua suis tadi. Terketar-ketar. Dahi dia dah makin basah berpeluh. Habislah... habislah!

Barulah menyala balik lampu dalam bilik tu.

Dia suluh lebih dekat suis-suis tu. Dia cari suis warna oren. Kali ni lebih berhati-hati.

Dia petik-petik. Kali ni barulah semuanya okey. Tak black out dah.

Dia yang tengah mengejar masa pun lekas-lekas keluar dari bilik tu. Ambil lif dan naik balik ke tingkat dua puluh dua.

Sampai aje kat aras tu, dia nampak kertas-kertas berterabur di atas lantai.

“Aylin!” Suara lantang manager menempik nama dia.

Tak tahu kenapa. Tapi Aylin terus dapat agak, ada benda tak kena.

Aylin beranikan diri masuk ke pejabat.

Masuk aje, dia nampak semua orang dah tersandar kepasrahan kat kerusi masing-masing. Diorang jeling dia macam dia baru lepas buat satu jenayah besar.

“Suis apa yang kamu tekan tadi? Apasal sampai black out satu bangunan?!” Kak Mona menyergah dia. Merah tak kira muka akak tu. Mengamuk lain macam.

“Kamu tahu tak komputer pun habis terpadam semua? Semua yang kita taip, semua habis hilang. Sekelip mata, Aylin. Sekelip mata!” Akak B.

“Kamu tahu tak esok tarikh tutup tender?!” Akak C.

“Ni kejap lagi mesti Mr. Ray turun sini punya. Kau jawablah dengan dia. Kitorang tak tahu.” Abang D berpeluk tubuh. Putar kerusi dan membelakangi dia. Nampak sangat marahnya. Sampai tak sanggup nak pandang dia terus. Akan jadi semakin panas hati.

“Menyesalnyaaaaa I ambik dia praktikal kat siniiii...” HR menggeleng-geleng.

Aylin kelu sepenuhnya kat tempat dia berpijak. Sampai tak tahu nak bergerak ke mana. Aura-aura kemarahan penuh menyelubungi satu pejabat ni. Dia jadi takut.

Tengah-tengah suasana tegang tu, seorang staf yang nampak betul-betul give up, bangun dari kerusi. Pergi kat mesin fotostat.

Masa ni mesin tu pun sama dah terOff. Padahal sehelai kertas tengah dalam proses print. Tersangkut kertas tu kat tengah-tengah mesin.

Staf tu buka mesin. Tarik kertas yang tersangkut tu. Tapi kertas tersangkut kuat kat celah-celah mesin. Staf tu rentap kertas tu. Terkoyak kertas tu.

Dengan muka menganjingnya, staf tu berpusing hadap Aylin. Kertas tu diangkat ke pandangan Aylin.

Nampak comot-comot dakwat bermacam warna kat atas kertas tu.

“Mesin fotostat pun dah rosak. Dari tadi lagi I nampak you duk paksa-paksa benda tu buat kerja.”

“You tanggunglah sendiri, Aylin. Jawab sendiri dekat Mr. Ray.” Suara Akak B.

Tak payah tunggu lama, lif berbunyi kat tengah-tengah suasana yang serba cemas tu.

Aylin la yang paling rasa nak menangis.

Terasa pintu di belakangnya dibuka seseorang dari luar.

“Macam mana boleh black out tadi?” Suara yang cukup Aylin kenal. Dengar nada penuh authority orang tu aje pun Aylin dah kecut perut.

Kalau tadi suhu alam ni rasa panas sangat sampai dahi dia jadi beria-ia berpeluh, sekarang ni tiba-tiba dia rasa seram sejuk satu badan. Sampai muka jadi pucat hilang darah.

Aylin telan liur.

Dan tepat macam yang Aylin jangka, staf-staf semua menunjuk ke arah Aylin.

“Cik Aylin pergi tutup main switch tadi, Mr. Ray.”

“Habis terdelete semua coding. Mesin fotokopi pun dah rosak. Esok tak tahulah kita nak hantar apa pada MOSTI.”

“I berkorban tidur malam ni, Mr. Ray. I tak balik rumah. And I tinggalkan isteri I yang tengah sarat mengandung tu sorang-sorang kat rumah. Tapi nampaknya sekarang ni semuanya dah jadi sia-sia. Useless.” Satu pejabat sepakat menyalahkan perempuan ni.

Habis berubah air muka lelaki tu. Sekelip mata aje bebola mata dah terus berpusat pada Aylin. Menyala-nyala matanya.

Ninety nine point nine nine nine percent kemungkinan kita akan melepas tender kali ni, Mr. Ray.” Staf lain menambah marakkan api.

“Mas Aylin!” Suara Ray menggelegak.

Aylin takut-takut nak berpusing hadap lelaki tu.

“Saya, Mr. Ray.”

“Ikut saya sekarang.”

Dengan ayat tu, Ray keluar dari situ dan menghempas pintu. Aylin terkejut.

Satu jabatan tu senyap sunyi. Bunyi aircond bertiup pun semua orang boleh dengar.

Aylin gagahkan kaki menapak. Macam tengah dicabut nyawa aje rasa keadaan ni.

Sampai kat luar pejabat. Ray dah siap menunggu. Tangan bersilang di dada. Mata tengah merenung dia macam nak bunuh dia.

Aylin lawan lagi ketakutannya. Berdiri betul-betul depan lelaki tu. Jari-jari dah terketar.

“Macam mana boleh cuai? Awak buta ke, sampai tak kenal warna suis?” Lelaki tu dengan suara tertahan-tahan nak mengamuk.

Pedih berdesing suara keras tu kat telinga Aylin.

“Ke mak bapak awak yang miskin tu tak reti nak ajar pasal warna pada benih diorang ni?”

Aylin tahan rasa nak menangis.

“Janganlah hina mak ayah saya, Mr. Ray...”

“Habis tu?” Ray menempelak laju. Sampai Aylin terdiam.

“Awak tahu tak berapa banyak yang saya rugi sejak-sejak sial awak ni datang menempel dekat company saya? Huh? Awak tahu tak?!” Tiba-tiba lelaki tu hentak buku lima ke kayu pintu.

Bergegar satu ruang tu.

Staf-staf kat dalam pejabat pun dapat dengar tempikan tu. Masing-masing senyap. Tak berani nak berbisik sesama diorang pun.

Masing-masing cuba sambung kerja. Tapi hakikatnya semua orang dah lost. Tak tahu nak mula dari mana, sebab semuanya dah hilang dari radar.

Semua orang dah patah semangat.

“Cakap banyak-banyak pun sia-sia. Orang bebal macam awak ni memang takkan faham pun hakikat kenapa kami orang-orang kaya ni tak suka pada kecuaian. Memanglah! Sebab awak dah terbiasa hidup miskin, and awak dah terbiasa dengan lifestyle yang mengharap semua orang suapkan. Kerajaan bagi itu, kerajaan bagi ini. Subsidi itu, subsidi ini.”

Ray keluarkan telefon canggihnya. Dihulurkan pada Aylin.

“Tulis surat perletakan jawatan sekarang juga.”

Aylin terkejut.

“Sebelum saya yang pecat awak and buatkan rekod awak jadi JAHANAM, lebih baik awak sendiri yang BERAMBUS daripada tempat ni!”

“Tapi tempoh Latihan Industri saya cuma berbaki lagi sebulan aje, Mr. Ray.” Suara halus tu cuba merayu.

“Tolonglah bagi saya peluang. Saya betul-betul merayu dengan Mr. Ray.”

Fine, inilah gaya hidup orang miskin!” Ray gelak menyinis.

Tak tunggu respons Aylin, lelaki ni menambah.

“Merayu, merayu, merayu. Saya dah rugi besar, awak tahu apa? Merayu ajelah kerja awak!”

Aylin senyap.

“Hidup susah sikit, merayu kerajaan bagi duit. Tak cukup makan sikit, merayu duit orang-orang kaya. DUA PULUH EMPAT JAM! Tak habis-habis dengan merayu. Ini aje ke kualiti benih yang mak bapak awak boleh keluarkan? Berjimak mengalahkan binatang, lepas tu nak beranak pun mintak tolong orang.”

“Mr. Ray...” Aylin makin merayu.

“Tak kisahlah Mr. Ray benci macam mana pun dekat saya. Saya minta Mr. Ray tolong bagi peluang sekali ni aje. Tinggal sebulan aje lagi, Mr. Ray. Kalau saya tak habiskan internship ni semester ni, semester depan saya kena cari duit sendiri untuk bayar yuran universiti. Saya mana ada duit sebanyak tu, Mr Ray. Selama hari ni pun PTPTN yang bayarkan yuran dengan makan minum saya. Kos tiga ribu ringgit satu semester tu terlampau besar bagi saya. Gaji ayah saya sebulan pun baru seribu, Mr. Ray. Adik-adik saya ramai lagi yang sekolah. Semua tu pakai duit.”

“Sepatutnya dari awal lagi awak fikirkan masalah ni!” Ray menempelak balik.

Aylin kemam bibir. Muka makin tunduk.

Ray masih tak habis lagi menghentam budak ni.

“Mak bapak awak...”

“Jangan hina keluarga sayalah, Mr. Ray!” Sudahnya Aylin membentak, tapi time tu juga air mata dia berhamburan keluar.

Ray terkejut.

Aylin masih tunduk, tapi boleh dengar esakannya semakin ketara.

“Memang saya ni menumpang jasa baik Mr. Ray pun. Sebab saya tak mampu. Kalau mak ayah saya ada company sendiri, saya takkan susahkan Mr. Ray untuk ambil saya kerja kat sini!”

Tangan Ray yang memegang telefon tu nampak menggenggam ketat. Macam tu juga dengan sebelah lagi tangan lelaki tu. Genggam penumbuk. Sampai timbul urat-urat kat belakang tangan lelaki tu. Aylin tak tahu apa maksud reaksi tu. Benci sangat ke lelaki ni dengan dia, sampai nak tumbuk dia.

“Tak apalah kalau betul-betul Mr. Ray benci saya ada kat sini. Esok saya hantar surat letak jawatan.”

Peliknya, tiba-tiba sekarang ni lelaki ni jadi pendiam pula. Tak ‘seramah’ tadi.

“Minta maaflah sebab Mr. Ray terpaksa ambil orang miskin macam saya ni kerja kat sini. Saya janji saya takkan minta jasa Mr. Ray dengan semua staf lagi dah. Terima kasihlah banyak-banyak sebab Mr. Ray sudi ambil saya praktikal kat company ni.”

Sampai kat situ, Aylin tarik nafas dan menyeka air mata. Kawal diri supaya tak menangis lagi. Tapi susah sangat. Geram gila dia dekat diri sendiri.

“Saya minta diri dulu.” Tak sanggup dah nak berada terus kat bawah pandangan orang tu.

Dia seka lagi air mata dan terus mendapatkan lif.

Masuk aje dalam lif dan bila tertutup aje pintu, lagi menggila dia menangis. Sampai dia rasa tak kuat nak berdiri. Turun dia ke lantai. Teresak-esak.

Di mata dia, nampak wajah mak dengan ayah kat kampung. Orang miskin yang dihina-hina. Berpakaian lusuh tak berganti bertahun-tahun. Wajah tua yang selekeh. Yang nampak sangat kepenatan membesarkan dia lapan beradik. Dia juga nampak wajah adik-adik yang menjadikan dia idola.

Betul ke salah bila ditakdirkan miskin?

Susah-susah mak ayah dia pun, tak pernah diorang berputus asa nak membesarkan dia. Tak pernah diorang serah mana-mana adik-beradik dia pada orang lain. In fact, dia belajar sampai masuk U ni pun mak dengan ayah tak pernah minta dia balas jasa diorang. Ayat yang mak ayah selalu kata,

“Asalkan kakak boleh hidup sendiri... itu aje pun dah cukuplah. Sekurang-kurangnya bila mak dengan ayah dah tak ada nanti, kakak tak susah.”

Sekali lagi dia persoal pada diri sendiri. Salah ke jadi miskin?


 =======================


LEPAS dah yakin emosi dia betul-betul dah kembali ke paras stabil, barulah dia masuk ofis balik. Tapi mata masih bengkak dengan kesan tangis.

Satu pejabat pun duk pandang-pandang aje kat dia waktu dia masuk. Sorang pun tak berani tegur.

Dia pun senyap aje. Cuma kemas barang-barang dia dekat cubicle.

Tengah-tengah mood berkabung tu, Kak Mona datang dekat dia.

“Dik, akak dah pujuk Mr. Ray. Dia tak jadi nak pecat kamu, dik. Jadinya esok kamu masuk kerja macam biasa ajelah ya. Tak payah berhenti.” Suara sangat rendah untuk dia.

Aylin dengar aje kata-kata tu. Dia tarik nafas dalam.

“Saya dah telefon pensyarah saya pun. Dah bagitau dia yang saya kena pecat. Esok lepas bagi surat letak jawatan, saya kena balik U sebab nak kena jumpa pensyarah saya tu. Dia tengah tunggu saya.”

Terdiam Kak Mona.

Seorang staf perempuan kat meja yang tak jauh dari Kak Mona, mencuit tangan Kak Mona. Bila Kak Mona menoleh, staf tu bagi isyarat tanpa suara. Bertanyakan keputusan Aylin.

Kak Mona pergi dekat orang tu. Bisik dekat telinga orang tu.

“Dia betul-betul nak berhenti.”

Tak pasal-pasal staf tu pergi gigit bibir bawah.

Dalam jabatan ni, dialah yang paling kuat membuli Aylin. Dia jugalah yang tadi suruh Aylin pergi betulkan suis aircond. Padahal terang-terang dia boleh suruh pak guard yang buat kerja tu. Sebelum Aylin masuk kerja kat sini dulu, memang kerja pak guard pun duk betul-betulkan suis aircond apa semua. Lepas Aylin masuk sini aje kepala dia memanjang jadi tak centre.

Sekarang bila dah jadi macam ni, barulah dia rasa bersalah.

Teragak-agak dan serba salah, dia bangun dari kerusinya. Pergi dekat Aylin.

“Dik, akak minta maaflah banyak-banyak sebab buli kamu selama ni. Tapi kamu janganlah berhenti kerja. Serba salah akak dibuatnya.”

Aylin memasukkan barang-barangnya ke dalam kotak besar.

“Saya tak tahu nak cakap macam mana. Sebab akak dah ada banyak pengalaman kerja. Sepatutnya akak dah matang and boleh fikir sendiri. Sekarang ni disebabkan akak punya rasa bersalah tu, saya tak ada haklah nak buat keputusan sendiri? Padahal tempat ni dah macam neraka aje layan saya.”

Diam orang tu. Gigit bibir bawah balik. Pandang Kak Mona minta simpati.

Aylin senyum sinis segaris. Masih sibuk dengan kerja, dan mata mengelak dari memandang sesiapa pun. Suaranya pun mendatar dan tak bernada.

“Tapi tak apalah, ye tak. Benda dah jadi pun. Mr. Ray dah pecat saya pun. Puas hati saya, dapat juga sudahnya saya berambus dari tempat ni.”

“Janganlah cakap macam tu, dik...”

Aylin tak kata apa-apa dah.

Siap mengemas barang-barangnya, dia angkat kotak. Tak bagi kata-kata terakhir pun dekat staf-staf yang ada dalam tu yang memandang dia. Dia keluar gitu aje dari jabatan tu.

 

 

~: DONE Part 4! :~

Thanks for spending your precious time here ^_^

Kindly leave your comment, pleaseeeeeee...

Thanks again!

See you on the next part!

0 861 komen:

Post a Comment

Assalamualaikum. Hai!
Terima kasih baca.
Cer komen sikit?