Pages

Sunday 23 May 2021

Cik B40 Dan Encik T20 (Bab AKHIR)


 

DEWAN mesyuarat tengah rancak dengan pembentangan-pembentangan yang bersilih ganti disampaikan oleh para manager dari setiap jabatan yang berbeza.

Ray memusatkan mata pada slide yang terpampang besar di depan dewan. Tapi nampak jauh dan lesu sangat tatapan matanya. Batang pen di genggamannya mengetuk-ngetuk perlahan lampiran kertas di atas meja. Makin lama makin perlahan... akhirnya terus kaku mata pen di atas kertas.

Matanya bagaikan menembus jauh ke slide di skrin layar. Dia termenung.

"Err... Mr. Ray?"

Ray tersedar. Lekas bagi tumpuan pada individu yang memanggilnya.

"Ya?"

Individu pembentang tu diam sekejap. Daripada gaya Mr. Ray bertanya tu aje pun dia dah boleh agak. Lelaki ni tak dengar soalan yang dia aju waktu mula-mula tadi.

Adakah Mr. Ray tak fokus pada pembentangan yang dia buat tadi? Then kalau macam tu, dia risau lelaki ni tak boleh jawab aje pada soalan besar yang dia ajukan ni.

"Setelah meneliti trend software development untuk the last five years... Mr. Ray rasa apa tindakan yang paling patut kita ambil? Adakah kita patut rebut tender dari pihak kerajaan kali ni atau tak?"

Tepat macam yang diagak, Mr. Ray terdiam.

Lelaki ni nak jawab apa aje? Bukannya lelaki ni 'wujud' pun dekat sini waktu sesi menganalisis yang panjang lebar tadi berlangsung. Pendapat apa aje yang patut dia bagi? Silap hari bulan, lingkup Luxoft Corporation disebabkan dia salah bagi kata putus.

Masa depan company dan dua ratus staf berada dalam tangannya sekarang.

Ray kecewa dengan diri sendiri. Mengeluh dia, raup-raup muka yang penat.

"Macam nilah. Should we postpone this meeting to some other specific date?" Tiba-tiba suara tua dari kerusi Chairman kedengaran.

Bila Ray menoleh ke arah tu, Tan Sri Izuddin Shah dah siap memandangnya dalam, bersama satu maksud yang tersendiri. Orang tua tu seakan-akan dapat tangkap yang dia memang kerapkali hilang fokus akhir-akhir ni. Prestasi kerja dia tengah tak stabil. Jadinya orang tua tu cuba muncul dengan jalan penyelesaian yang tak menjatuhkan air muka dia sebagai orang penting syarikat.

"Oh, baik, Tan Sri." Pembentang akur.

Mesyuarat untuk petang ni disudahkan tak lama lepas tu.

Staf-staf beransur keluar. Tapi Ray terus berteleku di tempatnya. Nampak kusut benar. Tak tahulah apa yang mengganggu fikirannya.

Bila dah pasti yang diorang betul-betul dah tinggal berdua aje dalam dewan ni, Tan Sri Izuddin pun bangun dari kerusi megahnya. Berjalan satu demi satu langkah mendapatkan pewaris tunggal hartanya tu.

"Hal apa yang buat kamu sampai hilang fokus pada kerja akhir-akhir ni?" soalnya penuh kaliber.

Ray bersandar di backrest kerusinya. Mata terus lesu. Dia pandang orang tua tu pun sekejap aje. Panahan matanya kembali mendarat pada kertas-kertas di mejanya.

Dia mengeluh perlahan. Rapatkan dua kelopak mata dan cuba tidur.

Memang akhir-akhir ni dia semakin susah tidur malam pun. Ingatan tak sudah-sudah mengenang pada nasib diri yang serba tak kena.

Dalam keadaan mata terpejam tu, dia dapat rasa Tan Sri Izuddin mengambil tempat tak jauh darinya. Duduk di situ dan pandang dia.

"Daddy rasa daddy tahu masalah kamu ni."

Ray tak tunjuk sebarang reaksi. Cuma membiarkan. Sebab dia berani jamin, orang tua ni akan meleset jauh punyalah.

Selama ni dia membesar pun dalam jagaan bibik. Bibik lebih kenal dia berbanding orang tua dia sendiri.

"Ini mesti sebab Emma, kan?"

Tak pasal-pasal tersungging senyuman kecil di bibir Ray. Dah cakap dah, orang tua ni akan salah.

Ray buat tak tahu aje pada ajakan berbual tu. Dia kemas-kemas mejanya. Nak keluar dari dewan tu.

"Emma kata kamu semakin lain semenjak dua ni. Kamu abaikan dia, padahal wedding korang dah makin dekat ni."

Ray senyum nipis lagi. Rupanya pandai juga ayahanda dia ni back up diri sendiri. Gagal meneka pada isu pertama, buka pula topik baru.

"Bila masa pula Ray abaikan dia? Perasaan dia aje tu." Ray tetap bernada datar.

Selesai mengemas barang-barangnya, dia bangun dari kerusi. Beredar.

Tan Sri Izuddin memandang lama pada anak bujang dia yang nampak macam tak ada semangat langsung nak hidup. Lesu sesangat budak tu. Firasat tua dia yakin sangat yang budak muda ni tengah tak betul.

Betul-betul waktu tangan Ray nak mencapai tombol pintu, dia lekas menempelak.

"Kamu tengah teringat dekat perempuan lain, Ray!"

Tangan Ray terhenti memulas tombol pintu. Tepat macam yang tan sri nakkan.

Tan sri senyum mengejek.

"Kenapa diam? Betul cakap daddy ni, kan? Huh, Emma yang bagitau semua ni pada daddy. Dia kata kamu tak habis-habis pasif bila masuk aje pada topik wedding korang. Kamu serah semua urusan pada Emma. Kamu langsung tak nak ambil tahu apa-apa!" Tan sri menyilang dua tangan di dada.

Ray menoleh bersama matanya yang tegang.

"Daddy expect Ray buat apa sebenarnya? Suka dengan arranged marriage yang daddy dengan Uncle Roslan aturkan ni? Padahal daddy dah tahu dari dulu yang Ray langsung tak ada apa-apa perasaan dekat Emma. Daddy yang paksa Ray ikut aje semuanya, kan? Dah lupa?" Tak nak kalah, Ray juga berpaling dari pintu tu dan berdiri menghala tan sri. Peluk tubuh juga sepertimana tan sri.

Suasana jadi tegang dalam dewan tu.

Dua beranak tu bertempur renungan seketika.

Tan Sri Izuddin menyungging sinis. Tengok pada rupa Ray yang tak terurus tu aje pun dia dah boleh agak semua yang ada kat dalam kepala budak tu. Budak tu tengah sangat-sangat memberontak.

"Kamu tak boleh salahkan daddy, Ray."

"Habis tu?" Ray merespons dengan nada menyindir seratus peratus. Senyum mengejek di hujung bibir. Sengaja dia nak tengok apa sebenarnya alasan yang orang tua ni akan perkatakan hari ini.

Tan sri senyum lagi. Melangkah lelaki berusia enam puluhan tu, menghampirinya mejanya.

Tidak lagi memandang Ray, dia mengeluarkan satu hujah pembelaan.

"Daddy buat semua ni sebab selama ni kamu sendiri yang tunjukkan rasa putus asa kamu pada hidup ni. Lepas mummy kamu meninggal, kamu jadi terlampau takut nak sayang orang."

"Dah tentu-tentulah Ray jadi macam ni. Selain mummy, siapa aje lagi yang ada dengan Ray selama Ray hidup dulu? Daddy ke?"

Tan Sri Izuddin ketawa. Sindiran tu cukup tepat mengena batang hidungnya. Bijak betul Ray. Diorang memang tersangat jarang berbual selama ni. Tapi tak sangka pula bila sekali dapat bertukar-tukar kata, macam ni aje yang jadi. Bertekak macam alam semesta ni dah nak kiamat.

Tan Sri Izuddin menggeleng-geleng.

"Kamu terlampau sayangkan mummy kamu tu, Ray."

"Of course!" Ray menempelak orang tua tu. Ayat yang sepatah tu aje tu dah cukup untuk mewakili maksud, 'sebab daddy tak sayang Ray dengan mummyDaddy senang-senang aje kahwin lain kat belakang mummyMummy meninggal sebab daddy!'

Tan sri menggeleng-geleng lagi.

"Ray... Ray..."

Ray tak membalas. Semakin ditegangkan wajahnya. Dia tuntut orang tua ni lekas-lekas menyudahkan tujuannya membuka topik perbualan ni. Dia nak cepat ni, dia tengah banyak kerja lain.

"Tak salah pun kalau kamu terlampau sayangkan mummy. Tapi kamu jangan lupa, kamu ada tanggungjawab dalam hidup ni. Kamu patut bercinta, lepas tu berkahwin dan ada keluarga."

Ray gelak mengejek sedas. Paling muka arah lain.

"Atas alasan tulah daddy paksa Ray kahwin dengan Emma."

"Jadi sekarang tolong bagitau daddy. Siapa perempuan yang dah mencuri hati kamu tu?"

"Apa, daddy nak pergi masuk meminang dia untuk Ray pulak ke?" Sinis tahap petala langit!

Ray gelak mengejek lagi kat situ. Giliran dia pula menggeleng-geleng kepala.

Letaklah sejuta dolar depan mata dia pun. Dia takkan percaya daddy nak buat semua tu untuk dia. Silap hari bulan, malam ni juga daddy paksa dia nikah dengan Emma. Almaklumlah... Emma tu kan anak bestfriend daddy!

Dia cuma menjeling daddy dia tu dengan ekor mata aje. Dia sangat-sangat memandang lekeh pada orang tua tu.

Tapi siapa sangka, tekaan dia betul-betul meleset. Ayat tan sri pada dia waktu tu...

"Betul. Daddy akan masuk pinang dia untuk kamu."

Ray terdiam.

Melihat punya tak terkatanya anak bujang dia tu, tan sri pun menoleh pada budak tu. Rasanya dah cukup la kut bermusuhan dengan darah daging dia ni. Dia dah tua. Dia nak rasa hidup berkeluarga macam orang lain dalam dunia ni.

"Betul. Daddy akan pinangkan dia untuk kamu." Ulang penyataan tu, sebab dia tahu Ray tengah menyalahkan telinga sendiri. Ray rasa dah tersalah dengar.

"Emma macam mana?"

Tan sri senyum lebar. Dia yakin jawapan yang akan dia keluarkan ni bakal buat Ray semakin terkejut.

"Emma yang minta supaya diputuskan pertunangan kamu berdua. Dia dah ada orang lain, sejak kali pertama kamu abaikan dia dulu."


*******


HARI konvokesyen Universiti Malaya.

Cuaca tengah panas terik masa tu. Orang ramai pun tengah berasak-asak di gerai-gerai jualan pesta konvo.

Di booth photoshoot, Aylin tengah bergambar dengan keluarganya sambil berjubah konvo dan memegang skrol. Ada mortar board di atas kepala. Alah, fesyen biasa student-student uni yang baru lepas naik pentas salam Canselor tu la.

"Muka tu kenapa?" Tetiba abang cameraman tak jadi nak ambil gambar.

Terus satu keluarga tu pandang dia. Mak dengan ayah dah kerut-kerut dahi.

"Kakak laparlah. Dari malam tadi tak makan apa-apa." Aylin menekan-nekan perut yang memulas. Muka pun dah lain macam cemberutnya.

Mak lempang tangan Aylin.

"Yang kamu tak makan tu kenapa? Kan dah masuk angin perut tu?" Ambik, tak pasal-pasal kena bebel.

Aylin tercebik, buat muka acah-acah nak nangis.

"Janganlah marah kita. Kita tengah diet ni, tu pasal tak makan."

"Takde maknanya diet. Kau tu dah sekeping macam papan gelongsor tak cukup kalsium aje aku tengok." Adik lelaki tayang muka menyampah.

Yang Aylin pun, bila ternampak mimik muka macam tu yang ditunjukkan si angah, mulalah Aylin nak naik minyak. Bercekak pinggang dia kat tengah-tengah ribuan manusia tu.

"Aku diet bukan sebab nak kuruslah! Aku tengah jimat duit ni. Nanti nak kena pergi interview kerja, banyak duit nak pakai. Aku ni orang yang berfikiran jauh, okey! Bukan macam kau!"

"Huh, berfikiran jauhlah sangat!"

"Huh!"

Dua-dua makhluk tu berpeluk tubuh dan saling berpusing membelakangi sesama sendiri.

Abang cameraman pandang aje drama kekeluargaan yang tak berapa harmoni tu. Tak tahu bila keluarga ni nak start bergambar.

Ayah dah siap duduk bersandar dekat kerusi. Pekak telinga dengar anak-anak bertekak. Tapi ayah buat bodoh aje.

Mak aje yang terlebih bersikap kepimpinan hari ni.

"Kang ada yang kena pelangkung kepala tu kang." Bagi warning dekat anak-anak.

Barulah Aylin dengan angah nak berhenti nak jadi setan. Pandang mak.

Mak dah muka macam Hulk.

"Pergi makan sekarang, kakak. Sebelum mak humban kamu masuk kolam!" Mak tak peduli langsung orang tengah ramai ni. Selamba aje mak sound anak tu.

Kakak memberontak. Berjalan hentak-hentak kaki tinggalkan booth tu. Melawan!

Mak bercekak pinggang tengok anak dara dia tu menonong pergi.

Lepas jenuh berasak dengan orang ramai, Aylin sampai kat booth makanan utara.

"Nak laksa satu, kak." Order.

"Makan ke bungkus?"

"Bungkus."

Maka si akak tu pun lincah buat kerja. Ssup-ssup-ssup... siap!

Dia atas kaunter depan Aylin sekarang, siap satu beg plastik laksa utara yang panas berasap.

Aylin pun mengeluarkan sekeping not berwarna merah. Dihulur pada akak tu.

"Ada duit kecik, dik?"

Ada aje sebenarnya, tapi Aylin malas nak korek poket. Menggeleng la dia pun.

"Tak ada."

Akak tu pun mengeluarkan duit syiling dari kotak duit. Lepas tu hulur pada Aylin.

Aylin menyambut huluran tu. Tapi entah macam mana, masa dia tengah sambut tu, belakang tangan dia terjatuh pada bungkusan kuah laksa yang panas menggelegak tu. Terkejut dia!

Tak pasal-pasal melompat tangan dia tu. Duit syiling seposen yang jatuh atas telapak tangan dia pun apa lagi, melompat sekali la.

Ternganga dia tengok duit tu terbang ke belakang.

Pup! Duit tu jatuh atas lantai.

Lekas-lekas Aylin berkejar ke duit seposen tu.

Masa dia baru berkira-kira nak sampai dekat duit tu, mata dia ternampak ada satu susuk lelaki tunduk mengutip syiling tu. Tangan gagah. Belakang tangan berurat kekar. Aylin macam... kenal.

Aylin terhenti langkah. Terkaku.

Orang tu kembali berdiri, pandang duit syiling yang baru dikutipnya tu.

Sesaat lepas tu, orang tu angkat kepala. Mata diorang bertemu.

Aylin terdiam.

Orang tu senyum sebelah bibir. Melangkah tenang hampiri Aylin yang jelas-jelas tengah terkejut. Macam tengah nampak Jin Ifrit menjelma jadi bidadari.

Sampai depan Aylin, orang tu matikan langkah. Hulur syiling seposen tu pada Aylin.

"Duit awak, kan?"

Aylin yang ternganga tu pun menutup mulut. Mata jatuh pada syiling yang di tangan orang tu. Dia sambut duit tu.

Tapi tiba-tiba orang tu mengelak dari dia.

Dahi dia berkerut.

Tangan orang tu lincah menghilangkan duit di celah-celah jari. Sesaat lepas tu, orang tu hulur balik tangan pada dia. Kali ni duit tu dah terselit di celah dua jari lelaki tu.

"Sekarang cuba teka mana satu syiling yang original?" tanya orang tu. Padahal syiling memang ada sekeping aje pun.

Tapi Aylin tahu, lelaki ni tengah mengajuk dialog yang dia gunakan waktu kali pertama diorang berjumpa dulu. Trick syiling seposen.

Aylin angkat pandangan. Mata pandang orang tu. Tergagap-gagap.

"Mr. Ray buat apa kat sini? Ada family konvo ke?"

"Family? Tak..." Lelaki tu geleng bersama wajah yang nakal. Siap kerling Aylin pula lepas tu. "Tapi bakal family, ada."

"Oh." Aylin jawab sepatah.

Tetiba sekarang dia rasa awkward dengan lelaki ni. Malu pun ada, sebab lelaki ni tahu perasaan dia terhadap lelaki ni.

Lelaki tu angkat kening sambil senyum segaris mempamerkan lesung pipitnya.

"Tak nak tanya ke siapa bakal family saya tu?"

Aylin senyap. Kemam bibir. Lepas tu menggeleng.

"Saya tak nak tahu. Sebab saya takut nanti saya balik yang sedih."

Ayat yang dituturkan dengan suara datar tu, tak semena-mena membuatkan Ray tersenyum lebih mekar.

"Still sayang saya?"

Kali ni pun Aylin senyap juga dulu. Fikir-fikir dulu sebelum nak tunjuk reaksi.

Aylin angguk sikit, dan anak mata pun terus jatuh ke bumi. Wajah dah jadi suram.

"Saya yang tiap-tiap hari menangis sebab tak boleh lupa dekat Mr. Ray."

Ray senyum lagi.

"Saya dah putus tunang pun, Aylin. Sekarang saya dah single and available."

Pun Aylin masih senyap. Entah apa yang difikirkan perempuan ni. Tapi yang nyatanya, perempuan ni tak nampak lega pun dengan berita ni. Apa, Aylin dah ada orang lain ke?

Ray beranikan diri mengagak.

"Awak... dah berpunya?"

"Tak." Aylin geleng.

"Habis tu kenapa awak tak senyum pun bila saya kata saya dah putus tunang?"

Aylin sapu pipinya tiba-tiba. Erk!

Terkejut Ray. Tergelak.

"Kenapa menangis?"

Aylin membentak. Hentak kaki kat situ lalu menampar bahu Ray.

"Siapa bakal family Mr. Ray yang konvo tu?"

Ray tergelak lagi sebab tak percaya Aylin seslow ini.

"Awaklah, siapa lagi? Saya datang sebab nak tengok bakal isteri saya ni konvo. Salah ke?"

Dengar aje ayat tu, tak memasal Aylin pergi tutup muka dengan dua tapak tangan. Tersedu-sedu. Menangis weh!

Orang kiri kanan tertoleh-toleh ke arah diorang.

Ah sudah. Ray tak senang duduk. Gelak lagi dia.

"Lah, kenapa menangis ni?"

Pap! Laju aje tangan Aylin melempang dada Ray.

"Saya terkejutlah, Mr. Ray!"

Ray gelak terus.

"Kalau terkejut kenapa menangis?"

Aylin teresak-esak. Dua tangan menyapu-nyapu air mata di pipi. Sambil tu kaki melangkah dapatkan Ray. Tiba betul-betul di hadapan Ray, tak teragak-agak perempuan tu pergi rebahkan kepala di dada orang tu. Sambung menangis.

Gelak lagi Ray walaupun dia resah dengan posisi semasa diorang ni. Orang-orang sekitar semakin pandang-pandang diorang ni, woih!

Dalam resah-resah tu tangan kanannya naik. Teragak-agak, dia letak telapak tangannya di kepala Aylin. Dia usap-usap kepala tu. Memujuk.

"Jangan menangislah. Saya dah datang cari awak ni, kan?" Suara base.

Lagilah Aylin teresak. Menggeleng perempuan tu.

"Saya ingatkan Mr. Ray dah kahwin dengan Miss Emma..."

Ray senyum aje.

"Saya sukakan awak. Nak buat apa saya kahwin dengan perempuan lain?"

Ray dapat rasa dua tangan Aylin menggenggam hujung kamejanya. Aylin semakin meluahkan perasaan di dalam pelukan dia. Macam rindu sangat pada dia. Lama sangat tak terluah.

Dia usap-usap lagi kepala Aylin.

Lepas dah lama macam tu, barulah Aylin mengangkat kepala dari dada dia. Mendongak cari mata dia. Sambil-sambil tu tangan sapu air mata. Merah dah mata tu.

"Tak nak kenalkan saya dekat family awak?" usiknya.

Aylin kelip-kelip mata sekejap.

"Mr. Ray serius ke ni? Kenapa saya rasa macam mimpi ni?" Perempuan tu pergi tampar-tampar pipi sendiri.

Terhibur Ray dengan kerenah perempuan ni. Ketawa lagi dia. Ditangkapnya tangan Aylin dan menghentikan tangan tu daripada terus melempang muka sendiri.

"Saya seriuslah. Awak tak nak kenalkan ke?"

Aylin diam. Pandang mata dia tanpa berkata apa-apa. Serius perempuan ni nampak speechless gila.

Ray selamba aje melayan semua ni. Diangkat kening dengan nakalnya.

"Sebelum datang sini semalam, saya dah bagitau orang tua saya yang saya nak pinang awak secepatnya. Kalau boleh, sebelum awak start kerja nanti saya dah ikat awak dengan akad nikah."

Aylin cuba hadam betul-betul situasi semasa yang tengah dilaluinya ni. Macam mimpi ke macam berangan ke, dia kena juga cepat-cepat sedar.

Dia pandang balik mata orang tu.

"Mr. Ray tak main-main?"

Dengan kata-kata tu, Ray pun tersenyum mekar. Dihampiri semula Aylin, lalu menarik perempuan tu ke dalam pelukannya.

Aylin menurut aje walau tengah keliru.

Ray mengeratkan dakapan.

"Kalau boleh, saya nak minta supaya tuhan kenalkan saya dengan awak lebih awal. Saya tak pernah percaya pada cinta, sampailah saya kenal awak. Awak, Aylin. Awak."

Aylin diam. Tapi Ray dapat rasa yang Aylin dah mula selesa dengan dakapannya.

Ray pun tersenyum dan semakin mengeratkan pelukannya. Ya... begitulah... Penyudah kepada sebuah kisah di antara Cik B40 dan Encik T20 dia tu.

~TAMAT~

~: DONE Part 10! :~

Thanks for spending your precious time here ^_^

Kindly leave your comment, pleaseeeeeee...

Thanks again!

This is the last part. So, see you on the next storiette insya-Allah!

*** There will be a short contest for this storiette. Have a look at Shaze Alma's Facebook and all the best!***